Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Cara hilangkan batuk berkahak dengan bawang putih
Kredit: Threads @nini_abd

Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni

Azizah Najib

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Ramai yang cuba mencari cara hilangkan batuk berkahak menggunakan bahan mudah di rumah.

Batuk berkahak boleh membuatkan tekak terasa tidak selesa dan mengganggu rutin harian.

Keadaan ini biasanya menyebabkan tekak rasa gatal, ‘berat’ dan seolah-olah ada lendir yang sukar dikeluarkan.

Ada yang terpaksa berdehem berulang kali kerana kahak yang ‘melekat’.

Keadaan ini bukan sahaja mengganggu percakapan, malah boleh menjejaskan kualiti tidur pada waktu malam.

Apabila berlarutan, keadaan ini juga boleh menyebabkan rasa letih dan kurang selesa sepanjang hari.

Seorang wanita, @nini_abd tampil berkongsi petua menghilangkan batuk berkahak dengan hanya menggunakan bawang putih.

Cara hilangkan batuk berkahak guna bahan di dapur

Menerusi perkongsian di laman Threads, wanita berkenaan memuat naik petua yang digunakan bagi melegakan batuk berkahak yang dialami sendiri.

“Rawatan semula jadi. Seminggu dok batuk berkahak. Akhir sekali terfikir benda ni.

“Nah. Membuang dua tiga kali keluar lendir sekali. Tidur malam takde batuk dah,” kongsi wanita tersebut.

Menurutnya, bahan yang digunakan ialah bawang putih yang dibakar di atas api dapur.

Kredit: Threads @nini_abd

Bawang putih yang telah dibakar kemudiannya diletak ke dalam minyak masak sebelum dihancurkan.

“Saya guna minyak masak. Ada yang campur dengan bunga cengkih juga,” maklum wanita itu.

Menurut perkongsian itu, bawang putih digunakan sebagai sapuan di bahagian dada, belakang badan dan kaki.

Minyak yang dihasilkan juga boleh dimanfaatkan sebagai minyak urut untuk membantu memberi kelegaan.

Selain dijadikan sapuan, bawang putih turut diletakkan pada tapak kaki sebelum tidur dengan memakai sarung kaki sebagai penutup.

Bawang putih yang telah dihancurkan itu juga boleh dimakan begitu saja.

“Ada orang tak sesuai atau takde kesan pun. Ada orang berkesan. Kena cuba,” jelas wanita berkenaan.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai.

Ada juga yang berkongsi pengalaman menggunakan cara tersendiri.

“Saya pun buat macam ni disebabkan anak alergik ubat. Saya guna minyak zaitun, tambah bawang putih bakar dan bunga cengkih,” kongsi warga maya.

“Masa anak-anak saya kecil, saya memang guna ni sebagai alternatif. Selain makan ubat klinik, saya urut tapak kaki dan dada belakang diorang gunakan ni.

“Sampai sekarang, saya akan bagi petua ni kat adik-adik, kawan-kawan yang ada anak kecil,” ujar seorang lagi warga maya.

Selamat mencuba.

Sumber:Threads