Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Cara Penyucian Dividen KWSP Bagi Simpanan Konvensional

Cara Penyucian Dividen KWSP
Kredit: Bernama

Cara Penyucian Dividen KWSP Bagi Simpanan Konvensional

Pengumuman mengenai agihan dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjadi tumpuan pada hari ini. Sejurus selepas dividen diumumkan, ramai ahli yang terus menyemak baki simpanan mereka sehingga trafik di laman web dan aplikasi KWSP sedikit perlahan.

Seperti yang diketahui, KWSP mempunyai dua simpanan iaitu Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah.

Bagi Simpanan Konvensional, semua ahli didaftarkan di bawah simpanan ini selagi mana belum memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah.

Sejak adanya Simpanan Shariah, ahli yang beragama Islam disarankan untuk berpindah ke simpanan ini yang mengikut prinsip syariah.

Dividen perlu dibersihkan

Menurut KWSP, jika ahli masih lagi menyimpan di dalam Simpanan Konvensional, dividen yang diperolehi daripada pelaburan tidak patuh syariah tidak boleh dimanfaatkan dan perlu dibersihkan.

Namun, mungkin masih ada yang belum tahu mengenai cara untuk 'menyucikan' dividen tersebut.

Berdasarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan ke-87 Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba', gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manfaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui dua kaedah iaitu:

Cara penyucian dividen Simpanan Konvensional

  1. Diserahkan kepada Baitulmal untuk maslahah-maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan, jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya.

  2. Diserahkan kepada golongan fakir miskin.

KWSP menegaskan keputusan untuk melakukan penyucian dividen adalah atas kesedaran diri ahli sendiri.

Selain itu, ahli juga dinasihatkan untuk mendapatkan pandangan daripada Majlis Agama Islam di negeri masing-masing.

Macam mana nak tentukan jumlah dividen Simpanan Konvensional yang perlu disucikan

Kadar penyucian dividen Simpanan Konvensional untuk 2025 adalah 60% daripada jumlah dividen yang dikreditkan ke akaun ahli.

KWSP berkata, hanya dividen yang terhasil daripada pelaburan tidak patuh syariah di dalam portfolio Simpanan Konvensional yang perlu disucikan.

Berikut contoh pengiraannya:

Kredit: KWSP

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk semua.