Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Cara Tukar Had Pemindahan Dalam Aplikasi MAE

Iqbal Yasir
Cara Tukar Had Pemindahan Mae
Gambar: BERNAMA

Cara Tukar Had Pemindahan Dalam Aplikasi MAE

Mulai 14 Julai 2025, pengguna aplikasi MAE oleh Maybank kini boleh menukar had pemindahan harian mereka secara terus dalam aplikasi tanpa perlu log masuk ke laman web Maybank2u.

Menurut Maybank dalam satu kenyataan, kemudahan ini diperkenalkan sebagai sebahagian daripada usaha bank itu untuk memudahkan urusan perbankan digital penggunanya.

Walau bagaimanapun, pengguna masih boleh memilih untuk membuat perubahan had pemindahan melalui laman Maybank2u seperti biasa.

Berikut Cara Tukar Had Pemindahan Di Aplikasi MAE;

1. Log masuk ke aplikasi MAE.

2. Ketik ikon ‘Settings’ di penjuru kiri atas.

3. Pilih Pay & Transfer, kemudian Transfer, dan seterusnya Transfer Limit.

4. Pilih jenis pemindahan yang ingin anda ubah.

5. Tetapkan had harian baharu melalui menu dropdown.

6. Tekan ‘Save Changes’ dan sahkan melalui Secure2u (hanya jika anda menaikkan had).

Dalam pada itu, Maybank turut menasihatkan pengguna agar menyemak had harian secara berkala dan menaikkannya hanya jika perlu.

“Sekiranya mengesyaki aktiviti mencurigakan pada akaun, segera aktifkan Kill Switch melalui aplikasi MAE atau laman Maybank2u bagi menyekat akses dan melindungi akaun anda,” maklum kenyataan itu.

Sumber: Maybank2u

BACA: E-Hati: Polis Sahkan Ada Aktiviti Bogel Semasa Program Motivasi

BACA:Harga RON97, Diesel Naik 3 Sen Seliter