Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Cara Tukar Kad Debit Maybank Secara “Online”

Sofea
cara tukar kad debit maybank
Siakap Keli

Cara Tukar Kad Debit Maybank Secara “Online”

Setiap kad bank yang dipegang oleh kita semua mempunyai tarikh luput, jadi ia perlu ditukar apabila tiba masanya. Selain itu, kad bank yang rosak juga perlu ditukar dengan kadar segera agar boleh digunakan seperti biasa.

Pun begitu, kadang kala kita tidak mempunyai waktu lapang untuk pergi berurusan sendiri di bank. Malah, tempoh masa untuk pergi ke bank juga perlu diambil kira. Mana tidaknya, ada sesetengah orang yang tinggal jauh dari lokasi bank dan ada juga yang tidak sempat kerana memikirkan soal kerja.

Jangan risau, setiap masalah ada penyelesaiannya. Sekarang ini zaman digital, jadi semuanya di hujung jari. Tidak perlu lagi berpenat lelah ke bank, anda boleh menukar kad debit secara dalam talian.

BACA JUGA: (Video) Ini Cara Nak Keluarkan Duit Di ATM Maybank Tanpa Guna Kad Bank

Cara tukar kad debit Maybank

Setiap bank ada caranya tersendiri, kali ini SK akan berkongsi langkah untuk menukar kad debit Maybank melalui laman web Maybank2u.

Mudah sahaja, langkah pertama adalah anda perlu memasukkan nama pengguna dan kata laluan.

cara tukar kad debit maybank

Selepas itu tekan pada bahagian Settings dan pilih Cards.

cara tukar kad debit maybank

Bila masuk ke bahagian Cards, anda perlu pilih Manage Debit Cards

Seterusnya, pergi ke bahagian Debit Cards dan tekan pada tiga titik yang terdapat di bahagian kiri.

Di bahagian ini, anda perlu tekan pada Replace/Renew Card

Selepas itu pilih kad yang anda inginkan.

cara tukar kad debit maybank

Anda perlu mengisi butiran yang diperlukan dan tekan Submit.

cara tukar kad debit maybank

Menurut Maybank, kad baharu akan dihantar kepada pengguna dalam masa sembilan hari bekerja (alamat dalam Malaysia) atau 30 hari bekerja (luar negara) dari tarikh penyerahan permohonan.

Di samping itu, terdapat bayaran sebanyak RM12 untuk penggantian kad, tetapi bagi pembaharuan kad, tiada caj yang dikenakan.

Bila sudah menerima kad debit baharu, anda boleh mengaktifkannya melalui dua cara.

Pertama, anda boleh aktifkannya di laman web Maybank2u. Caranya ialah anda perlu tekan pada bahagian Settings dan pergi ke Cards. Selepas itu, tekan Manage Debit Cards dan Activate.

Manakala, di ATM pula, anda perlu memasukkan kad, masukkan pin dan pilih Transaksi Lain. Seterusnya pilih Perkhidmatan Lain, tekan Skrin Seterusnya dan Pengaktifan Kad.

Mudah sahaja bukan? Semoga perkongsiaan ini bermanfaat untuk anda.

Sumber: Maybank2u