Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
CFMOTO

CFMOTO Papio Racer Tiba, Fun Bike Berjiwa Lumbaan

Syamimi

CFMOTO PAPIO RACER Tiba, Fun Bike Berjiwa Lumbaan

CFMOTO Malaysia terus mengembangkan rangkaian motosikal ringan dengan kehadiran CFMOTO PAPIO RACER, sebuah ‘fun bike’ baharu yang direka untuk menawarkan prestasi lincah, pengendalian kompak serta gaya berinspirasikan perlumbaan kepada penunggang urban dan peminat yang mencari pengalaman tunggangan berbeza.

Ditawarkan pada harga RM8,888.00, tidak termasuk cukai jalan dan insurans, CFMOTO PAPIO RACER hadir dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Clay Yellow, Nebula White dan Champion Blue. Model ini diposisikan sebagai motosikal berteraskan keseronokan tunggangan yang menggabungkan reka bentuk lincah dengan praktikaliti harian, sesuai untuk penunggang baharu mahupun penunggang berpengalaman yang mahukan jentera kompak dan menyeronokkan.

CFMOTO PAPIO RACER dikuasakan oleh enjin satu silinder 126 cc, penyejukan udara, yang menghasilkan kuasa maksimum 7 kW pada 8,250 rpm dan tork puncak 9.2 Nm pada 6,500 rpm, dengan nisbah mampatan 9.0:1. Enjin ini menampilkan ukuran piston dan lejang 57 mm × 49.4 mm, menyumbang kepada penghantaran kuasa yang seimbang, sesuai untuk tunggangan dalam persekitaran bandar. 

Sistem bahan api menggunakan suntikan elektronik (EFI) dan dipadankan bersama klac jenis multi-plate basah serta transmisi manual 6-kelajuan, memberikan penyaluran kuasa yang lancar melalui pacuan rantai. Tangki bahan api berkapasiti 7 liter memastikan kesesuaian untuk kegunaan harian.

Dari segi casis, model ini dilengkapi fork teleskopik jenis terbalik (Upside-Down) di bahagian hadapan dan penyerap hentak monoshock tengah boleh laras di belakang, menawarkan kestabilan serta keselesaan optimum. Sistem brek terdiri daripada cakera tunggal hadapan dengan angkup dwi-piston dan cakera tunggal belakang dengan angkup satu piston, masing-masing berdiameter 210 mm (hadapan) dan 190 mm (belakang). Tahap keselamatan dipertingkatkan dengan sistem brek anti-kunci dua saluran (ABS).

CFMOTO PAPIO RACER menggunakan tayar bersaiz 120/70-12 di hadapan dan 130/70-12 di belakang, menyumbang kepada karakter pengendalian yang tangkas. Dari segi dimensi, motosikal ini berukuran 1,750 mm panjang, 700 mm lebar dan 1,080 mm tinggi, dengan jarak roda 1,214 mm, ketinggian tempat duduk 760 mm, kelegaan tanah 150 mm serta berat siap isi (curb weight) 114 kg, menjadikannya ringan dan mudah dikendalikan.

Bagi ciri dan kemudahan penunggang, CFMOTO PAPIO RACER dilengkapi paparan meter hibrid yang menggabungkan elemen analog dan digital, slot khas untuk port pengecas USB serta sistem kunci mekanikal. Ciri keselamatan tambahan termasuk suis keselamatan tongkat sisi, butang hazard dan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS).

Sistem pencahayaan adalah jenis LED sepenuhnya, merangkumi lampu hadapan dengan Lampu Siang (DRL), lampu belakang serta lampu isyarat. Penampilan sporty diperkemaskan lagi dengan kehadiran pelindung angin dan winglet yang menyerlahkan identiti berinspirasikan perlumbaan. 

Setiap pembelian CFMOTO PAPIO RACER didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 km perbatuan (yang mana terdahulu), serta kemudahan pembelian alat ganti tulen secara dalam talian oleh CFMOTO Malaysia.