Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Harapan jaguh Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar untuk memperoleh pertarungan ulangan menentang Ramadan Ondash menerima suntikan positif apabila Ketua Pegawai Eksekutif ONE Championship, Chatri Sityodtong menyatakan pertarungan itu wajar diberikan.
Chatri berkata, beliau secara peribadi berpendapat Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo sepatutnya muncul pemenang dalam pertarungan tersebut, namun mengakui keputusan itu sememangnya sangat sengit.
“Secara peribadi, saya fikir Johan menang. Tetapi ia sangat sengit. Jika Jojo lebih agresif pada pusingan terakhir, juri mungkin memberi kemenangan kepadanya.
“Tetapi sejujurnya, ia memang sangat dekat. Tanpa ragu-ragu, perlu ada 100 peratus pertarungan semula,” katanya menerusi satu hantaran video di Facebook.
Menurut Chatri, aksi kedua-dua petarung itu cukup seimbang sehingga wajar diberikan peluang untuk bertemu sekali lagi bagi menentukan pemenang yang sebenar.
Terdahulu, Johan secara terbuka mencabar Ramadan untuk mengadakan pertarungan semula selepas kekalahannya di pentas ONE Championship mencetuskan perdebatan dalam kalangan peminat sukan tempur.
Menurut Johan, beliau mahu diberi peluang sekali lagi untuk berdepan Ramadan susulan timbul pelbagai persoalan berhubung penguatkuasaan peraturan sepanjang pertarungan berlangsung.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan