Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gempa Bumi 6.5 Magnitud Gegar Mindanao

MINDANAO
Kredit: Facebook METMalaysia

Gempa Bumi 6.5 Magnitud Gegar Mindanao

Gempa bumi kuat melanda selatan Filipina hari ini apabila gegaran berukuran 6.5 magnitud dikesan di wilayah Mindanao, namun tiada ancaman tsunami dilaporkan kepada Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, gempa bumi itu berlaku pada koordinat 5.2 darjah Utara dan 125.4 darjah Timur, kira-kira 159 kilometer di tenggara Koronadal City, Filipina.

Menurut METMalaysia, gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 10 kilometer.

“Penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gempa tersebut pada magnitud 6.3 dengan kedalaman 62 kilometer.

Menurut Pusat Amaran Tsunami Pasifik pula, tiada amaran tsunami dikeluarkan susulan kejadian itu.

Setakat ini, belum ada laporan mengenai kehilangan nyawa atau kerosakan harta benda akibat gempa berkenaan.

Kejadian itu berlaku kira-kira dua bulan selepas gempa bumi kuat melanda Pulau Mindanao pada 8 Jun lalu yang mengorbankan sekurang-kurangnya 76 nyawa selain menyebabkan bangunan runtuh dan tanah runtuh di beberapa kawasan.

Intipati
  • METMalaysia melaporkan gempa bumi 6.5 magnitud melanda Mindanao, selatan Filipina hari ini.
  • Gegaran dikesan kira-kira 159 kilometer di tenggara Koronadal City pada kedalaman 10 kilometer.
  • Penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia, dengan tiada laporan korban setakat ini.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan