Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bila sebut tentang Malaysia, negara ini bukan sekadar destinasi pelancongan dunia, namun ia sentiasa menawarkan cerita tersendiri buat setiap pengunjung.
Tak kira dari tengah-tengah kesibukan kota Metropolitan sampailah ke sudut alam yang tenang.
Perkara inilah yang membuat orang mahu datang dan datang lagi ke Malaysia.
Apa yang menarik, Malaysia terkenal 'vibe' yang mudah diterima oleh pelbagai latar belakang pelancong.
Perjalanan di sini terasa lebih ringan, lebih mesra, dan penuh pengalaman yang kadang-kadang tak disangka.
Sebab itu, tidak pelik jika Malaysia sering disebut dalam kalangan pelancong antarabangsa sebagai salah satu tempat yang 'wajib singgah' sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.

Baru-baru ini seorang wanita Indonesia berkongsi pengalaman menarik sepanjang tinggal di Malaysia menerusi akaun TikTok @Melimell
Dalam klip berkenaan, terdapat tiga perkara yang membuatkan 'cemburu' tentang Malaysia.
"Pertama, saya sangat jarang melihat orang merokok, kawan-kawan. Memang susah nak jumpa pemandangan orang merokok di setiap sudut. Ada yang merokok, tetapi sangat jarang. Kalau ada pun, mungkin hanya seorang atau dua orang sahaja.
"Sebagai seorang ibu yang mempunyai anak dengan alahan pernafasan, saya sangat gembira kerana orang ramai tidak merokok sesuka hati atau merata-rata," katanya
Selain itu, Malaysia juga menyediakan pelbagai fasiliti awam yang membantu kehidupan seharian rakyatnya termasuklah taman awam.
Menariknya, wanita itu menyedari terdapat banyak taman di Malaysia. Setiap daripadanya juga lengkap dengan pelbagai kemudahan dan diselenggara dengan baik.
"Sejujurnya, taman-taman di sini memang sangat besar, lengkap, luas, bersih dan terjaga pada pandangan saya.
"Kebiasaannya, taman-taman ini dilengkapi dengan trek joging, taman permainan, tempat duduk dan semuanya berada dalam keadaan bersih. Pendek kata, memang terjaga.
"Kenapa saya highlightkan taman? Sebab taman-taman di Malaysia mudah untuk dikunjungi dan diakses (reachable) oleh orang ramai," katanya lagi.
Sementara itu, suasana jalan di Malaysia juga disifatkan lebih tenang khususnya tidak dicemari dengan bunyi hon yang membuta.
"Hampir tiada bunyi hon di jalan raya Malaysia. Saya hampir tidak pernah mendengar orang bunyikan hon sesuka hati.
"Walaupun keadaan jalan raya sedang sesak atau ketika lampu isyarat bertukar daripada merah kepada hijau, orang ramai biasanya tidak tergesa-gesa atau terus membunyikan hon.
"Sepanjang berada di sini, memang hampir tidak pernah saya mendengar bunyi hon dengan telinga saya sendiri," katanya.
Walaupun kelihatan biasa di mata kita, perlu diingat bahawa budaya setiap negara adalah berbeza. Bagi orang luar, itulah antara perkara unik yang membuatkan mereka jatuh cinta dengan Malaysia.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan