Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Chery Malaysia Panggil Balik Model OMODA 5 Varian C & H, Pemeriksaan Serta Penggantian Komponen Percuma

chery omoda 5
Kredit: Chery

Chery Auto Malaysia mengumumkan pelaksanaan kempen panggil semula (recall) bagi kenderaan OMODA 5 yang terjejas, melibatkan varian C dan H, susulan insiden yang membabitkan model berkenaan.

Chery Panggil Semula Model OMODA 5 varian C & H

Dalam kenyataan yang dimuat naik laman Facebook, syarikat automobil itu juga sedang bekerjasama rapat dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam siasatan berkaitan perkara ini sejak insiden ini bermula.

“Sehubungan itu, pelanggan boleh menyemak sama ada kenderaan mereka terlibat dengan membuat semakan Nombor Pengenalan Kenderaan (VIN) di laman web kami.

“Pelanggan akan menerima pemeriksaan kenderaan yang menyeluruh serta sebarang tindakan susulan yang diperlukan tanpa sebarang kos.

“Kami juga menggalakkan mana-mana pemilik kenderaan OMODA 5 yang ingin mendapatkan ketenangan fikiran untuk mengunjungi pusat servis sah Chery dan pasukan teknikal kami sedia membantu.

“Semua model pengeluaran semasa tidak terjejas oleh kempen panggil balik ini,” maklum kenyataan itu.

Chery Auto Malaysia dengan rendah memohon kemaafan daripada seluruh pihak yang terkesan.

Jelasnya, keselamatan dan kesejahteraan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan tertinggi mereka.

“Untuk sebarang pertanyaan berkaitan kempen ini, pelanggan dan pemilik kenderaan boleh menghubungi Chery Careline di talian 03- 9388 0888,” katanya lagi.




Intipati
  • Chery Auto Malaysia melaksanakan kempen panggil semula untuk OMODA 5 varian C dan H.
  • Pemilik boleh menyemak VIN di laman web Chery bagi memastikan kenderaan mereka terlibat.
  • Pemeriksaan menyeluruh dan tindakan susulan akan diberikan tanpa kos kepada pelanggan terjejas.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan