Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

China Dakwa US ‘Penghasut Utama’ Perang Ukraine

china dakwa us penghasut perang ukraine
Gambar hiasan: The Guardian/Google

Duta China ke Rusia, Zhang Hanhui dakwa Amerika Syarikat (US) sebagai ‘penghasut utama’ dalam perang yang berlaku di Ukraine dan menuduh bahawa Washington berusaha untuk menghancurkan Rusia, lapor Al Jazeera.

“Sebagai pencetus dan penghasut utama krisis Ukraine, Washington mengenakan sekatan komprehensif yang belum pernah berlaku sebelum ini terhadap Rusia.

“Amerika terus membekalkan senjata dan peralatan ketenteraan ke Ukraine. Matlamat utama mereka adalah untuk melengahkan dan menghancurkan Rusia dengan perang yang berlarutan dengan pelbagai sekatan,” kata Zhang dalam temu bual dengan agensi berita Rusia, TASS.

Duta China itu juga berkata bahawa US mempengaruhi Rusia hingga ke sudut perluasan berulang pakatan pertahanan NATO. Perkara itu mendapat sokongan daripada negara yang berusaha untuk menyatukan Ukraine dengan Kesatuan Eropah dan bukannya Moscow.

Alasan utama Zhang mengikut rapat salah satu justifikasi Rusia terhadap pencerobohan Ukraine adalah negara itu telah mengakibatkan beribu-ribu kematian dan kemusnahan bandar sehingga lebih daripada satu perempat penduduk meninggalkan kediaman mereka.

Tambah Zhang, hubungan China-Rusia berada pada fasa terbaik dalam sejarah ekoran tahap kepercayaan, komunikasi dan kepentingan strategik bersama yang tinggi.

Gambar hiasan | Kredit: Global Times

Sementara itu, Presiden Rusia Vladiamir Putin melakukan lawatan ke Beijing pada Februari lalu untuk bertemu dengan Presiden China, Xi Jinping sewaktu Rusia sedang berperang dengan Ukraine.

Dalam pertemuan itu, kedua-kedua pemimpin negara berkenaan bersetuju dengan perkongsian tiada had yang jauh lebih baik sewaktu pakatan Perang Dingin.

Tambahan lagi, Zhang turut mengecam lawatan Speaker Dewan Rakyat US, Nancy Pelosi ke Taiwan pada minggu lalu.

Dia juga mendakwa bahawa US cuba menggunakan taktik yang sama berlaku di Ukraine kepada Taiwan bagi menghidupkan semula ideologi Perang Dingin supaya berlaku persaingan dua kuasa besar antara China dan Rusia.

“Tidak masuk campur dalam hal ehwal dalaman merupakan prinsip paling asas bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan di dunia kita,” kata Zhang yang mengkritik dasar Taiwan-Washington dan bukannya pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Difahamkan, Rusia menggelarkan pencerobohan itu sebagai “operasi ketenteraan khas” dan ia bukan sahaja bertujuan mengekalkan keselamatan sendiri, namun untuk melindungi Rusia daripada penganiayaan.

Bagaimanapun, Ukraine dan negara Barat mengatakan bahawa ia adalah alasan tidak berasas untuk menceroboh wilayah jiran yang telah memperolehi kemerdekaan selepas Kesatuan Soviet berpecah pada 1991.

Sumber: Al Jazeera