Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

China Sekat Tayangan Filem Keanu Reeves, Didakwa Kerana Sokong Tibet

china sekat tayangan filem keanu reeves
Gambar via Indo Zone

Gara-gara menunjukkan tanda sokongan kepada komuniti tertindas Tibet, filem-filem yang dibintangi pelakon terkenal Keanu Reeves telah disekat di beberapa platform tayangan filem di China.

Pada Januari lalu, pelakon watak JohnWick itu telah mencetus kemarahan pengguna media sosial China apabila mereka mendapat tahu bahawa dia menyertai konsert amal secara maya pada 3 Mac lalu.

“Menurut Los Angeles Times pada 14 Mac, filem-filem aktor tersebut telah dipadamkan dari platform utama termasuk Tencent Video dan iQiyi.

“Walau bagaimanapun, masih kurang jelas sama ada ini adalah disebabkan oleh usaha penapisan yang dikeluarkan oleh kerajaan atau mereka hanya mengambil tindakan sendiri.

“Antara filem-filem yang disekat termasuklah ‘Speed‘, ‘The Matrix‘, Trilogi dan ‘Bill & Ted’s Excellent Adventure‘,” memetik LA Times, lapor Indo Zone.

Memetik Insider, ketika pengguna mencari nama pelakon tersebut dalam Bahasa Cina di iQiyi, Tencent Video dan Youku, mereka tidak menemui namanya di platform tersebut.

Difahamkan, wakil Reeves juga masih lagi tidak memberi maklum balas mengenai perkara ini.

“Pelakon tersebut merupakan selebriti luar negara yang baru dalam menunjukkan tanda sokongan kepada Tibet.

“Sebelum itu, bintang pop Lady Gaga telah dilarang tampil dengan sebarang acara di negara itu berikutan perjumpaannya dengan Dalai Lama, pemimpin spiritual Tibet yang dianggap pemisah oleh Beijing pada 2016.

“Filem-filem lakonan Richard Gere juga dilaporkan dilarang di China kerana hubungannya dengan Dalai Lama,” lapor Indo Zone.

Menurut Indo Zone, Tibet merupakan sebuah daerah dengan sejarah menentang kerajaan pusat politik China.

Terdahulu, Keanu Reeves dilaporkan telah menghadiahkan seutas jam tangan kepada empat orang pelakon aksi lagak ngeri dalam John Wick 4.

Menurut Metro.co, hadiah itu diberikan oleh Keanu sempena tamatnya penggambaran filem aksi tersebut dan ia sebagai penghargaan di atas segala kerja keras mereka selama berlakon di dalam filem itu.

Difahamkan, Keanu telah menghadiahkan jam tangan Rolex Submariner kepada Bruce Lee Concepcion, Jeremy Marinas, Dave Camarillo dan Li Qiang.

Jeremy Marinas tidak dapat menahan kegembiraannya dan berkongsikan gambar mereka di media sosial.

BACA JUGA: Hargai Kerja Keras, Keanu Reeves Hadiahkan 4 “Stuntman” John Wick Jam Tangan Rolex

Sumber: Indo Zone, Insider, LA Times