Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ally Mukhriz Selamat Bersalin Bayi Lelaki, Tun M Sambut Cicit Pertama

MUKHRIZ
Kredit: Instagram @tpnnorzietaofficial

Keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menerima kehadiran cicit sulung selepas anak kepada Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir iaitu Ally Mukhriz, selamat melahirkan bayi lelaki, semalam.

Bayi yang diberi nama Eden Zakaria Ezran Cheah itu dilahirkan pada 16 Ogos 2026, jam 8.48 pagi dengan berat 2.9 kilogram.

Ally menerusi hantaran di Threads berkata, dia dan suaminya, Ezran, amat gembira mengumumkan kelahiran cahaya mata sulung mereka.

Katanya, mereka turut merakamkan penghargaan kepada semua yang menitipkan ucapan dan doa buat keluarga mereka.

“Ezran dan saya dengan gembira ingin mengumumkan kelahiran cahaya mata lelaki kami, Eden Zakaria Ezran Cheah.”

“Dilahirkan pada 16 Ogos 2026, jam 8.48 pagi dengan berat 2.9 kilogram.

“Terima kasih kepada semua yang mengirimkan ucapan dan doa. Kami berharap dapat berkongsi lebih banyak berita dengan anda tidak lama lagi,” katanya.

Dalam pada itu, ibu Ally, Tok Puan Norzieta Zakaria, turut berkongsi kegembiraan menyambut kehadiran cucu sulungnya menerusi hantaran di Instagram.

Menurut Norzieta, kehadiran bayi berkenaan memenuhi hati seluruh keluarga dengan rasa kasih dan kegembiraan.

“Assalamualaikum. Segala puji bagi Allah. Hati kami dipenuhi rasa kasih dan syukur kerana dengan penuh sukacita kami menyambut kehadiran cucu kesayangan kami ke dalam keluarga.”

“Selamat datang ke dunia, si kecil! Kamu sudah begitu disayangi,” ujarnya.

Berita gembira itu turut mendapat perhatian pengikut di media sosial yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa buat Ally, Ezran serta keluarga.

“Alhamdulillah. Tahniah buat Ally dan seluruh keluarga. Seronoknya Tun M dan Tun Siti Hasmah kini bergelar moyang buat kali pertama. Selamat berpantang, Ally,” kata seorang pengguna.

"Wah Tun M dah jadi moyang," komen seorang lagi pengguna.

Seorang pengguna lain turut berkata, “Tahniah buat Ally dan Ezran berdua. Selamat datang ke dunia, bayi Eden.”

Intipati
  • Ally Mukhriz selamat melahirkan bayi lelaki bernama Eden Zakaria Ezran Cheah semalam.
  • Bayi itu dilahirkan pada 16 Ogos 2026, jam 8.48 pagi, seberat 2.9 kilogram.
  • Norzieta Zakaria turut berkongsi kegembiraan menerima cucu sulungnya menerusi hantaran Instagram.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan