Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

CIMB Malaysia dalam satu kenyataan menafikan dakwaan terdapat kebocoran data pelanggan.
Menerusi satu kenyataan di laman X bank berkenaan, CIMB menjelaskan bahawa pasukan keselamatan bank tersebut telah membuat semakan dan mengesahkan tiada kebocoran data berlaku.
“Pasukan keselamatan kami telah mengesahkan kesemua sistem berada dalam keadaan selamat serta data anda kekal dilindungi sepenuhnya,” maklum CIMB.
Terdahulu, satu hantaran yang mendakwa berlaku insiden keselamatan siber baharu berisiko tinggi dengan melibatkan data pelanggan CIMB Bank.
Set data yang didakwa bocor itu mengandungi 1.2 juta rekod unik maklumat kewangan sensitif termasuk nama penuh, jantina dan tarikh lahir.