Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Coffee Terrace Kembali Dengan Bufet Makan Malam Ikonik “The Nostalgic Spread”

KEMBALI
Coffee Terrace, Resorts World Genting.

Coffee Terrace Kembali Dengan Bufet Makan Malam Ikonik “The Nostalgic Spread”

Sesetengah cita rasa tidak pernah dilupakan, sebaliknya kekal dalam ingatan dan menanti untuk ditemui semula. Selepas beberapa tahun tidak ditawarkan, bufet makan malam ikonik Coffee Terrace kini kembali menerusi “The Nostalgic Spread”, membawakan semula pengalaman menjamu selera dengan kenangan nostalgia, hidangan kegemaran sepanjang zaman serta pilihan kulinari baharu.

Bermula 15 Ogos 2026, bufet yang diperbaharui ini menawarkan peluang kepada para pengunjung untuk kembali berkumpul dan menikmati pelbagai hidangan istimewa yang meraikan kepelbagaian cita rasa serta detik-detik bermakna

Menerusi pilihan menu yang berubah mengikut hari, “The Nostalgic Spread” menawarkan pelbagai hidangan merangkumi masakan warisan tempatan, sajian istimewa Cina, hidangan autentik Jepun, hidangan klasik Barat serta juadah India.

Beberapa stesen hidangan istimewa tersedia sepanjang minggu, manakala pilihan hidangan tertentu akan berubah secara berkala bagi memberikan pengalaman berbeza kepada pengunjung pada setiap kunjungan. 

Bufet ini meraikan kekayaan cita rasa Malaysia menerusi hidangan klasik yang menjadi kegemaran ramai, termasuk nasi ayam Hainan, ayam panggang, itik panggang, ayam char siew, laksa kari Nyonya, kuey teow goreng serta nasi goreng kampung. Pilihan hidangan ini turut dilengkapi dengan juadah tradisional seperti sate, otak-otak, satar ikan serta pelbagai pilihan kudapan tempatan. 

Pengunjung turut berpeluang menikmati pelbagai pilihan hidangan Asia yang merangkumi sajian Cina dengan variasi makanan laut yang disediakan secara bergilir, pilihan sup serta hidangan istimewa masakan tumis.

Pelbagai sajian Jepun turut disediakan, termasuk sashimi salmon dan tuna, aneka sushi dan maki, takoyaki, gyoza ayam, teppanyaki serta pelbagai hidangan lain. Bagi peminat makanan laut, stesen khas Seafood on Ice menyajikan pilihan seperti udang, kupang hijau New Zealand dan kerang, bersama pelbagai pelengkap yang menyelerakan.

Melengkapkan pengalaman gastronomi yang ditawarkan, pilihan hidangan Barat menampilkan sajian seperti kambing panggang, ayam barbeku, pelbagai hidangan makanan laut serta sup yang menyelerakan. Sajian India pula menawarkan nasi beraroma, naan, aneka kari, hidangan tandoori serta pelbagai sajian tradisional yang autentik.

Pada setiap Jumaat dan Sabtu, pengunjung turut berpeluang menikmati hidangan panggang istimewa yang menampilkan pilihan premium seperti daging lembu panggang berempah serta kaki kambing, disajikan bersama pilihan sos dan sayur-sayuran panggang. 

Pengalaman menjamu selera ini turut dilengkapkan dengan pelbagai pilihan pencuci mulut, termasuk kegemaran ramai seperti ais kacang, cendol, pastri Perancis, kuih-muih Nyonya dan Melayu serta aneka manisan lain.

Pengunjung juga berpeluang menikmati pilihan pencuci mulut yang dipelbagaikan dari semasa ke semasa, dengan inspirasi daripada cita rasa tempatan dan antarabangsa.

Bufet makan malam ini ditawarkan setiap hari dari jam 5.00 petang hingga 9.30 malam, pada harga RM88 untuk dewasa dan RM48 untuk kanak-kanak dari Ahad hingga Khamis. Pada hari Jumaat dan Sabtu, bufet ini ditawarkan pada harga RM108 untuk dewasa dan RM58 untuk kanak-kanak.

Selain itu, pengunjung yang menjamu selera antara jam 5.00 petang hingga 6.00 petang berpeluang menikmati Promosi Early Bird pada kadar istimewa RM78 untuk dewasa, RM38 untuk kanak-kanak dan RM68 untuk warga emas.

Melengkapkan pengalaman gastronomi di Resorts World Genting sepanjang bulan Ogos ini, Food Factory memperkenalkan Bufet Food & Fruits edisi terhad yang berlangsung dari 14 hingga 31 Ogos 2026.

Ditawarkan setiap hari bagi sesi makan tengah hari dari jam 12.00 tengah hari hingga 2.30 petang serta makan malam dari jam 5.30 petang hingga 9.30 malam, bufet istimewa ini mengetengahkan pilihan buah-buahan tropika premium tanpa had, disertai pelbagai sajian tempatan, Asia dan Barat yang digemari ramai. 

Dengan pilihan menu yang dipelbagaikan bagi setiap sesi makan tengah hari dan makan malam, pengunjung berpeluang menikmati pengalaman menjamu selera yang berbeza pada setiap kunjungan. Keunikan bufet ini turut ditampilkan menerusi sajian durian premium tanpa had serta aneka buah-buahan tropika bermusim seperti cempedak, manggis, rambutan dan langsat.

Gabungan istimewa ini menawarkan kepelbagaian cita rasa buah-buahan tempatan dalam satu pengalaman gastronomi yang menyeluruh. Bufet ini ditawarkan pada harga RM88 untuk dewasa dan RM48 untuk kanak-kanak bagi sesi makan tengah hari, manakala sesi makan malam ditawarkan pada harga RM98 untuk dewasa dan RM58 untuk kanak-kanak. 

Dengan kembalinya bufet makan malam popular Coffee Terrace serta pengenalan Bufet Food & Fruits edisi terhad di Food Factory, Resorts World Genting mengalu-alukan para pengunjung untuk mengimbau kembali hidangan kegemaran mereka sambil meneroka pelbagai cita rasa baharu menerusi kepelbagaian sajian yang ditawarkan dalam satu pengalaman gastronomi yang Istimewa. 

Untuk maklumat lanjut, layari rwgenting.com atau ikuti platform media rasmi Resorts World Genting.

Intipati
  • Coffee Terrace mengembalikan bufet makan malam “The Nostalgic Spread” mulai 15 Ogos 2026.
  • Menu bufet merangkumi hidangan Malaysia, Cina, Jepun, Barat, India dan pencuci mulut.
  • Food Factory menawarkan Bufet Food & Fruits edisi terhad dari 14 hingga 31 Ogos 2026.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan