New Balance bakal memperkenalkan pilihan warna baharu bagi model 9060, 204L dan ABZORB 2010 sepanjang Oktober ini, sekali gus memberi nafas baharu kepada tiga siluet gaya hidup ikonik jenama berkenaan.
Bersempena pelancaran tersebut, New Balance Malaysia dan Singapura memperkenalkan Shoebox Clicker Collection, sebuah siri koleksi eksklusif yang mengubah siluet kasut berkenaan menjadi rantai kunci mini berbentuk kotak kasut dengan clicker.
Shoebox Clicker Collection menampilkan sembilan rekaan unik yang diinspirasikan daripada penampilan dan identiti tersendiri model 9060, 204L dan ABZORB 2010.
Ditawarkan dalam format blind box, setiap kotak kasut mini mengandungi satu rekaan yang dipilih secara rawak, sekali gus memberikan elemen kejutan setiap kali kotak dibuka.
Dengan setiap pembelian kasut New Balance 9060, 204L atau ABZORB 2010 di kedai runcit yang mengambil bahagian, pelanggan layak menebus satu blind box yang mengandungi satu daripada sembilan rekaan Shoebox Clicker secara rawak.*
Koleksi tersebut akan ditawarkan secara eksklusif di butik New Balance di Pavilion KL, The Exchange TRX, Mid Valley Megamall, IOI City Mall dan Sunway Pyramid, selain secara dalam talian menerusi laman web rasmi New Balance Malaysia bermula 1 Oktober 2026. [Press Release] New Balance Sho…
Orang ramai juga boleh mengikuti Facebook @NewBalanceMalaysia untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai pelancaran produk akan datang.
*Selagi stok masih ada. Tertakluk kepada terma dan syarat.

