Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Comfort Food” Ketika Musim Hujan, Ini Resipi Mudah Sup Telur Tomato

Azzwin
Kredit: @The Cook Wife via TikTok

“Comfort Food” Ketika Musim Hujan, Ini Resipi Mudah Sup Telur Tomato

Setiap kali musim hujan, ramai antara kita mula teringatkan makanan atau minuman yang hangat.

Cuaca sejuk dan mendung memang buat kita rasa nak duduk di rumah sambil menikmati sesuatu yang boleh menghangatkan badan. Waktu begini, makanan yang berkuah, lembut dan mudah dimakan sering jadi pilihan ramai.

Ia bukan sahaja untuk mengisi perut, tapi juga beri rasa tenang dan selesa untuk badan. Jadi, tidak hairanlah ramai menganggap hidangan seperti sup, bubur atau mi rebus sebagai “comfort food”.

Selain mudah disediakan, hidangan “comfort food” juga tak memerlukan bahan yang rumit. Cukup dengan bahan asas yang ada di dapur, kita dah boleh hasilkan sesuatu yang sedap dan mengenyangkan.

Jadi, hari ini SK akan kongsikan resipi sup telur tomato daripada pengguna akaun TikTok @The Cook Wife yang sesuai untuk dinikmati pada musim hujan.

Bahan-bahan sup telur tomato

Bahan -bahan yang digunakan untuk menyediakan sup telur tomato ini ringkas saja, malah senang didapati di dapur rumah.

Antara yang diperlukan ialah minyak masak, bawang merah, bawang putih, batang daun bawang dan tomato segar sebagai bahan utama.

Kemudian, tambahkan air secukupnya bersama kiub pati ayam, sos ikan, serbuk perasa cendawan, serta sedikit garam bagi menaikkan aroma dan rasa sup.

Cara-cara menyediakan sup telur tomato

Menurut @The Cook Wife, untuk menyediakan sup telur tomato yang hangat dan menyelerakan ini, cara penyediaannya juga cukup mudah.

Mula-mula, panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, dan batang daun bawang yang telah dipotong halus hingga naik bau dan kekuningan.

Kemudian, masukkan tomato yang telah dipotong dadu dan biarkan seketika sehingga lembut dan sedikit hancur.

Seterusnya, tuangkan air secukupnya ke dalam kuali dan biarkan ia mendidih.

Tambahkan kiub pati ayam, sos ikan, serbuk perasa cendawan dan sedikit garam mengikut cita rasa.

Setelah itu, masukkan bebola ikan dan tauhu lembut yang telah dipotong kecil.

Apabila kuah kembali mendidih, tuangkan sebiji telur yang telah dipukul dan gaul perlahan-lahan supaya telur menjadi jalur halus di dalam sup.

Kemudian, masukkan air bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah agar rasanya lebih berlemak dan pekat.

Akhir sekali, taburkan daun bawang yang telah dipotong kecil sebagai hiasan dan penambah aroma.

Siap untuk dihidangkan, sup telur tomato ini paling sedap dinikmati panas-panas terutama ketika musim hujan.

BACA: Rahsia Di Sebalik Bau Hujan Yang Menenangkan, Ini Penjelasan Saintis

BACA: Sesuai Dijadikan Kudapan Musim Hujan, Ini Resipi Mudah Cucur “Crab Stick”

BACA: Perubahan Cuaca Boleh Menyebabkan Sakit Sendi? Ini Penjelasan Pakar Fisioterapi

Sumber: @The Cook Wife via TikTok