Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Menurut Universiti Johns Hopkins, jumlah korban kematian koronavirus global kini sudah melebihi 10,000 orang.
Universiti itu yang telah menyusun data sejak wabak pertama kali dikesan akhir tahun lalu juga mengatakan bahawa jumlah kes yang disahkan hampir mencecah 250,000.

Majoriti kematian akibat virus itu telah direkodkan di Itali yang melampaui angka kematian di China iaitu di mana COVID-19 pertama kali dikesan.
Dengan 60 juta rakyat, Itali telah mencatatkan 3,405 kematian melebihi 3,248 di China.
Lapor Metro UK juga, lebih 86,000 telah sembuh daripada jangkitan ini dan kebanyakannya daripada China. Pun begitu, kadar pemulihan adalah perlahan berbanding penyebarannya.
Sumber: Metro UK, WorldOMeter