Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

COVID-19: Enam Negeri Termasuk Perlis Catat Pertambahan Kes Baharu Hari Ini

Gambar Hiasan via Bernama

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Kenyataan Akhbar KPK Situasi Semasa Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia memaparkan bahawa terdapat 6 negeri yang mencatatkan pertambahan kes Covid-19 pada hari ini (29 Julai 2020).

Menerusi data bilangan pecahan kes harian mengikut negeri yang dikeluarkan, negeri yang mencatatkan kes Covid-19 baharu pada hari ini ialah Perlis, Selangor, W.P Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Sarawak.

Menerusi maklumat tersebut, Perlis mencatatkan pertambahan sebanyak 1 kes, Selangor sebanyak 2 kes, W.P Kuala Lumpur pula sebanyak 6 kes, Johor dan Sabah sebanyak 3 kes, manakala Sarawak pula sebanyak 2 kes.

Kesemua 13 kes positif yang dicatatkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 8,956 kes secara keseluruhannya.

Menurut kenyataan tersebut, daripada 13 kes yang dilaporkan hari ini, 8 kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan 4 warganegara Malaysia dan 4 bukan warganegara. Daripada 5 kes penularan di dalam negara pula, 3 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia dan 2 kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia.

Perincian bagi 13 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini adalah seperti berikut:

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan langkah pencegahan dan kekal mematuhi pada SOP yang dikeluarkan kerajaan bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti virus maut ini.

Sumber: Noor Hisham Abdullah