Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Covid-19: Hanya China, Jepun, Perancis & Filipina Rekodkan Kematian Setakat Ini – KKM

Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi laman Twitter @KKMPutrajaya mengeluarkan statistik terkini mengenai Covid-19 yang dikemaskini jam 5 petang tadi bagi tarikh 8 februari 2020.

Jumlah keseluruhan kes seluruh dunia telah mencecah sehingga 73,335 kes dan telah menyebabkan 1,873 kematian. Majoriti kematian berlaku di negara China. Untuk negara Malaysia, masih kekal dengan 22 kes dan tiada penambahan kes lagi setakat ini. KKM juga mengesahkan 11 pesakit telah sembuh dan 11 lagi masih menerima rawatan di wad.

Setakat ini, hanya negara China, Jepun, Perancis dan Filipina sahaja telah merekodkan kematian. Jepun, China dan Filipina mencatatkan 1 kematian di negara masing-masing manakala tanah besar China mencatat 1,87o kematian. Dalam statistik itu juga menyatakan hanya 26 negara terlibat virus Covid-19.

Sumber: KKM Putrajaya