Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Covid-19: Ibu Pejabat Perkeso Ditutup Sehingga Jumaat Bagi Proses Sanitasi

Gambar sekadar hiasan

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) — Ibu Pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) serta semua pejabat dan premis perniagaan di Menara Perkeso, Jalan Ampang ditutup bermula Isnin (14 Dis) hingga Jumaat ini bagi kerja-kerja nyahkuman dan sanitasi.

Ketua Eksekutifnya Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed memaklumkan ia berikutan seorang kakitangan yang bertugas di ibu pejabat agensi itu dijangkiti COVID-19.

“Kesihatan dan keselamatan kakitangan serta pelanggan menjadi keutamaan dan Perkeso akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mengekang penularan pandemik itu bagi menjamin keselamatan pelanggan terjamin,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes ditangani dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dan orang ramai yang mempunyai pertanyaan lanjut boleh e-mel ke [email protected] atau menghubungi pusat khidmat pelanggan (careline) Perkeso di talian 1300-22-8000.

— BERNAMA