Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

COVID-19: Jumlah Kes Di Seluruh Dunia Melepasi 45 Juta

Gambar Hiasan Via Bernama

MOSCOW, 30 Okt (Bernama) — Jumlah kes COVID-19 yang disahkan di seluruh dunia telah melebihi 45 juta, lapor agensi berita Sputnik, memetik Johns Hopkins University.

Jumlah sebenar kes COVID-19 adalah 45,018,354 pada 04:55 GMT Jumaat. Lebih 1.18 juta orang telah terkorban kerana penyakit ini, kata universiti itu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik pada 11 Mac. Jumlah terbesar kes setakat ini dicatatkan di Amerika Syarikat, India dan Brazil.

— BERNAMA