Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

COVID-19: Kes Positif Di Seluruh Dunia Kini Cecah 30 Juta

Gambar Hiasan Via Google

Walaupun nampaknya kebanyakan negara telah kembali menjalani kehidupan seperti sedia kala tanpa perintah berkurung, Covid-19 masih lagi menjadi krisis yang sememangnya perlu diambil perhatian oleh setiap orang.

Menerusi data terbaru yang dikeluarkan oleh Johns Hopkins University, dunia kini menyaksikan sebanyak 30 juta kes telah dicatatkan bagi kes positif Covid-19.

Laporan yang dipaparkan di laman web Worldometer menunjukkan bahawa jumlah kes di seluruh dunia adalah 30, 333,914 dengan jumlah kematian sebanyak 950,139 kes.

Jumlah kumulatif bagi kes pulih di seluruh dunia pula adalah sebanyak 22,021, 920.

Menurut Worldometers, Amerika menjadi negara yang mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 6,874, 139, diikuti oleh India dengan 5, 212, 686 dan Brazil dengan 4, 457, 443.

Sumber: Worldometer