Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

COVID-19: Pendaftaran Vaksin Bagi Kanak-Kanak Berumur 12 Tahun Ke Atas Telah Dibuka

Gambar: Bernama

Kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas kini dilaporkan boleh mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin menerusi aplikasi MySejahtera.

Menurut laporan akhbar Sinar Harian, perkara tersebut telah disahkan oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) pada Rabu.

Menurut CITF, untuk peringkat permulaan, hanya pelajar yang lahir pada 2003 dan yang akan menyambung pelajaran ke luar negara sahaja yang akan diberikan keutamaan.

“Selain itu, kanak-kanak dan remaja yang mempunyai komorbiditi juga menjadi keutamaan untuk mendapatkan vaksin COVID-19,” memetik laporan Sinar Harian.

Telah tular di aplikasi WhatsApp pada sebelum ini berkenaan pendaftaran pengambilan vaksin terhadap kanak-kanak mula dibuka.

Ia turut diikuti dengan langkah-langkah bagi memudahkan ibu bapa serta penjaga mendaftar tanggungan mereka.

Sumber: Sinar Harian