Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) memaklumkan bahawa kesemua fasiliti awam yang berada di bawah seliaannya akan ditutup secara sementara bermula 6 Oktober 2020 sehingga diberitahu kelak.
Menurut ciapan menerusi akaun Twitter rasmi jabatan PERHILITAN, terdapat 10 fasiliti awam yang akan ditutup berkuatkuasa 6 Oktober 2020 ini.
Berikut adalah antara Antara fasiliti awam yang bakal ditutup buat sementara waktu:
-Paya Indah Wetlands
-Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan
-Taman Negara Kelantan Kuala Koh
-Taman Negara Pulau Pinang
-Taman Negara Pahang, Sungai Relau, Merapoh
-Taman Negara Terengganu, Tanjung Mentong
-Taman Negara Pahang, Kuala Tahan
-Tapak RAMSAR Tasek Bera
-Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL)
-Pusat Menyelamat Hidupan Liar (PMHL)
Penutupan tersebut dibuat sebagai langkah mencegah penularan wabak COVID-19 yang makin menular kini.
Sumber: Jabatan PERHILITAN