Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Cuaca Sejuk Serendah 19 Darjah
Kredit: Astro Awani
Cuaca Sejuk Serendah 19 Darjah Celsius Landa Beberapa Kawasan Di Kelantan

Azzwin

Cuaca Sejuk Serendah 19 Darjah Celsius Landa Beberapa Kawasan Di Kelantan

Beberapa daerah di Kelantan dan kawasan Monsun Timur Laut sejak kebelakangan ini dilanda cuaca sejuk, dengan suhu mencecah serendah 19 darjah Celsius, lapor Astro AWANI.

Ketua Program Sains Kelestarian Alam Sekitar, Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli, Amal Najihah Muhamad Nor, cuaca ini disifatkan sebagai ekstrem berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Jelasnya, kawasan berbukit topografi yang dipenuhi hutan antara penyumbang kepada suhu sejuk berkenaan.

"Ini adalah perkara yang berlaku juga di tempat-tempat lain seperti Kuala Krai dan juga kawasan Timur Laut disebabkan oleh monsun Timur Laut yang berlaku semenjak daripada Disember sehingga ke Mac.

"Cumanya kali ini dia rasa cuaca tu lebih ekstrem sedikit, ini kerana adalah faktor oleh jeli tu sendiri.

"Struktur topografi Jeli tu sendiri di mana di kawasan tempat pedalaman yang mempunyai struktur hijau dan juga kawasan tinggi menyebabkan lagi kawasan sejuk tu rasa sejuk tu dirasai.

"Jadi, untuk mengelakkan perkara-perkara kekejangan otot ke ataupun kesihatan, kita galakkan pelajar-pelajar di UMK juga ni untuk pakai baju sejuk," katanya sambil menambah pemakaian seperti stoking, selimut.

Jeli Catat Suhu 19 Darjah Celsius

Mengulas lebih lajut, Amal Najihah berkata, kawasan Jeli, pedalaman Kelantan antara kawasan yang mencatatkan suhu serendah 19 darjah Celsius pada waktu pagi dan malam.

Selain itu, kawasan Kuala Krai dan sebahagian kawasan pedalaman di Gua Musang turut merasai suhu sejuk awal bulan ini.

Bagaimanapun, dia memberitahu, cuaca berkenaan tidak memberi kesan ketara kepada kesihatan, namun berpotensi menjejaskan tanaman tertentu seperti tembikai Cina yang memerlukan suhu panas untuk pertumbuhan optimum.

Dalam pada itu, suasana sejuk yang dialami ketika ini turut memberikan pengalaman nyaman kepada penduduk, tak ubah seperti berada di kawasan tanah tinggi dengan pemandangan indah terutama pada waktu pagi.