Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Cuba di Indonesia.." Lelaki Indonesia Akui 'Keren' Tentang Satu Hal Ini Terhadap Orang Malaysia

Lelaki Indonesia
Kredit: TikTok @solacegrace_

Jauh pemandangan, luas pengalaman..

Setiap insan jika diberikan peluang untuk merantau dan meneroka, pastinya teruja untuk melihat dan merasai pengalaman di luar negara.

Ada yang berkelana untuk menyambung pelajaran, bekerja, malah bercuti di negara orang.

Perjalanan inilah yang sebenarnya membuka ruang untuk mempelajari keunikan budaya dan cara hidup daripada pelbagai perspektif.

Sepanjang berada di perantauan, pengalaman yang dilalui sering menjadi titik perbandingan dengan negara asal.

Perbezaan dalam aspek kehidupan harian, sistem sosial serta suasana persekitaran menjadikan setiap perjalanan sebagai satu proses pembelajaran yang berterusan.

Pun begitu, pengalaman ini juga menambah nilai dalam diri dan cara pandang kita mengenai keunikan setiap negara.

Satu Hal Buat Saya Kagum Dengan Orang Sini - Lelaki Indonesia

Baru-baru ini, perkongsian video seorang lelaki Indonesia di TikTok mencuri perhatian mengenai cara hidup rakyat di Malaysia.

Menariknya, ketika hujan semakin lebat, dia kagum melihat kebanyakan orang di sekelilingnya tetap tenang dan berjalan seperti biasa.

“Ini hujan lumayan deras ya. Tapi yang keren dari orang sini tuh, hujan sederas ini aja masih kayak, ‘oh ya udah hujan’ gitu.

“Pakai payung kerana dah deras, tapi masih banyak orang yang ya sudahlah, santai gitu.

“Dah makin deras, makin deras, tapi enggak ada yang lari-lari gitu. Kenapa ya?” katanya.

Dia kemudian membandingkan situasi tersebut dengan apa yang biasa dilihatnya di Indonesia.

“Menarik loh. Di Indo coba. Udah pasti bakal wah, ngiup-ngiup-ngiup,” katanya berseloroh sambil menggambarkan orang ramai yang mungkin akan bergegas mencari tempat berteduh.

Walaupun nampak seperti perkara kecil, pemerhatian lelaki itu menunjukkan bagaimana kebiasaan harian di sesebuah negara boleh kelihatan unik kepada orang luar.

Bagi rakyat Malaysia mungkin hujan lebat sudah menjadi perkara biasa, tetapi bagi lelaki berkenaan, sikap orang ramai yang kekal tenang dan terus berjalan seperti biasa cukup membuatkannya kagum.

Kadang-kadang, benda yang kita anggap biasa itulah yang sebenarnya paling menarik perhatian orang lain.

Intipati
  • Seorang lelaki Indonesia berkongsi pemerhatiannya mengenai cara orang Malaysia berdepan hujan lebat.
  • Beliau kagum melihat orang ramai kekal tenang dan berjalan seperti biasa ketika hujan.
  • Lelaki itu membandingkan situasi tersebut dengan kebiasaan orang ramai di Indonesia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan