Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Cukai Perkhidmatan Jagaan Warga Emas Turun Kepada 6 Peratus Mulai Januari 2027 – PM Anwar

Warga emas
Kredit: Youtube Parlimen Malaysia

Kerajaan akan menurunkan kadar cukai perkhidmatan bagi jagaan warga emas daripada lapan kepada enam peratus mulai 1 Januari 2027, selain memberikan pengecualian penuh bagi yuran jagaan sehingga RM96,000 setahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu merupakan antara usaha kerajaan mempersiapkan negara menuju status negara tua.

Beliau turut mengumumkan Rang Undang-Undang Warga Emas akan digubal bagi menangani isu pengabaian serta memperkukuh ekosistem penjagaan yang menyeluruh.

Dalam usaha melahirkan lebih ramai tenaga kerja dalam sektor berkenaan, lebih RM40 juta disediakan melalui HRD Corp bagi melatih 8,000 individu sekali gus membuka peluang pekerjaan dalam bidang penjagaan warga emas.

Selain itu, dua pusat kepakaran penjagaan bersepadu (NICE) akan dibangunkan di Pulau Pinang dan Sarawak bagi tujuan latihan, penyelidikan serta penjagaan warga emas.

Pengumuman itu dibuat ketika pembentangan Belanjawan 2027 oleh Anwar hari ini.

Intipati
  • Cukai perkhidmatan jagaan warga emas akan turun daripada lapan kepada enam peratus mulai 2027.
  • Kerajaan akan memberi pengecualian penuh yuran jagaan warga emas sehingga RM96,000 setahun.
  • Lebih RM40 juta disediakan melalui HRD Corp untuk melatih 8,000 pekerja penjagaan warga emas.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan