Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Cupcakes Air Tangan Permaisuri Agong Untuk Petugas Barisan Hadapan

Gambar: FB Istana Negara

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) — Petugas Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) di Putrajaya dan Hospital Kuala Lumpur antara yang bertuah dapat merasa

cupcakes

hasil air tangan Raja Pemaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sendiri.

Berkongsi perkara berkenaan melalui akaun Facebook, Istana Negara turut memuat naik gambar kek cawan berkenaan yang dikurniakan dan disajikan Seri Paduka Baginda dalam tiga jenis.

Menurut Istana Negara, Seri Paduka Baginda amat prihatin dan menghargai khidmat bakti dan komitmen serta pengorbanan yang dicurahkan petugas barisan hadapan tanpa mengira masa dan penat lelah dalam memikul tanggungjawab memerangi penularan wabak COVID-19.

“Lindungi Diri, Lindungi Semua,” catat Istana Negara.

Catatan berkenaan mendapat lebih dari 1,000 tanda suka hanya selepas 40 minit dimuat naik.

— BERNAMA