Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dah Sedia Ke Nak Beli Rumah? Ini Tanda Anda Dah Layak Dan Berkemampuan Beli Rumah Sendiri

Kredit: Google
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal
  1. Setiap daripada kita pastinya menginginkan tempat tinggal yang selesa untuk bersama keluarga dalam jangka masa yang panjang.

Oleh itu, penting untuk kita tahu status kewangan masing-masing agar dapat menyimpan secara praktikal dan mencapai impian memiliki rumah sendiri.

Baru-baru ini, Perunding Hartanah, saudara Harith Faisal berkongsi beberapa tips untuk mengetahui sama ada anda, khususnya anak muda telah bersedia untuk memiliki rumah sendiri atau tidak berdasarkan kemampuan masing-masing.

Jom baca perkongsian beliau.

Cari dan simpan duit lain sama dengan sekurangnya 15% daripada harga rumah yang nak dibeli. Kalau tak, mungkin kau layak beli rumah, tapi jenuh berhutang deposit sana sini. Ha!

Petanda kau dah sedia nak beli rumah

Subsale

Modal 15% daripada market value rumah. 10% sebagai downpayment. Lagi 5% untuk legal fee dan minor repair. Kalau pandai nego, kau boleh minimakan modal tu.

Lelong

Modal 30% daripada harga menang. 10% untuk downpayment, 5% untuk legal fee. Lagi 15% standby kot ada banyak tunggakan atau nak repair rumah tu nanti.

Undercon

Setiap bulan berjaya konsisten simpan sama dengan bakal ansuran rumah. Tujuannya untuk latihan dan kau juga kena tau yang kau kena bayar progressive payment walaupun rumah tu belum siap lagi tau.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Harith Faisal