Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
pelancong hairan malaysia
Gambar: BERNAMA
Tiada Kategori

Dah Travel Merata, Pelancong Ni Paling ‘Hairan’ Dengan Rakyat Malaysia

Hannah

Dah Travel Merata, Pelancong Ni Paling ‘Hairan’ Dengan Rakyat Malaysia

Masih ramai yang mungkin belum benar-benar menyedari betapa unik dan mempesonanya Malaysia sebagai sebuah destinasi pilihan dunia.

Negara ini bukan sahaja kaya dengan budaya, kepelbagaian kaum serta makanan yang memikat selera. Malah, ia juga terkenal dengan keramahan rakyatnya yang membuatkan sesiapa sahaja berasa dialu-alukan.

Maka tidak hairanlah, semakin ramai pelancong jatuh hati dan mengakui pesona Malaysia hingga terus terpahat dalam ingatan mereka.

Begitu juga yang dialami seorang pelancong asing yang tular baru-baru ini. ‘Hairan’ dengan sikap rakyat Malaysia, lelaki ini mengakui terkedu dengan pengalaman manisnya di Malaysia.

“Apa yang buat anda semua berbeza?” soalnya.

Dalam video yang dimuat naik menerusi TikTok @terrypernell, pelancong lelaki tersebut dengan jujur meluahkan kekagumannya terhadap Malaysia.

“Malaysia… saya nak tanya. Apa yang buat rakyat di sini begitu terbuka, selamat dan mesra? Adakah ia diajar sejak kecil, atau kerana pengaruh Islam?” katanya.

Menurutnya lagi, soalan itu lahir daripada hatinya sendiri kerana apa yang paling penting ketika melancong ialah rasa selamat.

“Saya sudah pergi ke banyak tempat, dan ada yang keadaannya sangat berbeza. Tapi di Malaysia, saya rasa benar-benar tenang. Di sini saya boleh berkembang, meneroka dan jadi diri sendiri,” katanya lagi.

Dulu tak tahu apa-apa pasal Malaysia, sekarang dah jatuh hati

Pelancong itu mengakui dirinya sudah mengembara ke banyak negara dan tahu serba sedikit tentang kebanyakan destinasi.

Namun, anehnya, sebelum ini dia langsung tidak tahu banyak tentang Malaysia. Hanya setelah berada di sini, kelihatan jelas bagaimana Malaysia punya tempat istimewa dalam hatinya.

Menerusi sebuah lagi video berasingan, pelancong tersebut juga meluahkan rasa syukur dan gembira kerana memilih Malaysia sebagai destinasi persinggahannya.

“Saya sudah banyak mengembara, dan terus terang, ia tidak selalu mudah bila berada di luar negara. Kadang-kadang kita perlu sentiasa berjaga-jaga, tidak tahu apa yang bakal berlaku.

“Tetapi Malaysia? Malaysia membuatkan saya rasa selamat, dialu-alukan dan selesa dengan cara yang saya sendiri tidak sangka,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, ternyata rata-rata rakyat Malaysia berasa bangga dan tersentuh dengan penghargaan daripada pelancong tersebut.

Ramai yang mengucapkan selamat datang buatnya sambil mencadangkan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Malaysia.

Ada juga yang sempat mengingatkan bahawa sambutan Hari Kemerdekaan negara bakal tiba tidak lama lagi.

Ini sekali gus memberi peluang kepadanya untuk merasai kemeriahan sebenar sambutan Hari Kebangsaan di Malaysia.

BACA: Datang Malaysia Dok Dengar Orang ‘Bising’ Pasal RXZ Members, Ini Kata Pelancong

BACA: First Time Bawa Kereta Masuk Malaysia, Lelaki Indonesia Akui ‘Hairan’

BACA: Orang Malaysia Terkejut ‘Disergah’ Lelaki Jepun Fasih Bahasa Melayu Di Fukuoka Airport

Sumber: TikTok @terrypernell