Terkini

Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh

Dahulu Pegang Kuali Dan Senduk Di Dapur, Tapi Sekarang Wanita Layak Digelar “Queen” Superbike

Amy Noreffaziera

Memiliki motor berkuasa besar seperti superbike, sportbike, atau apa saja jentera berkuasa tinggi memang satu pelaburan. Ada yang sanggup membayar mahal setanding pemilik motosikal lain semata-mata demi kepuasan tunggangan maksimum, ataupun mahu menampakkan personaliti diri sebagai individu yang berjaya di mata keluarga dan rakan-rakan.

Artis wanita Malaysia seperti Erra Fazira, Dira Abu Zahar, Siti Elizad, Linda Onn, Fauziah Latif dan Lisdawati juga sangat meminati motor berkuasa besar dan telah menjadi idola ramai.

Sebenarnya bukan mudah membawa motosikal berkuasa tinggi bersaiz besar atau superbike. Dari segi ketahanan, kawalan keseimbangan, kos pengendalian yang mahal serta komitmen untuk beraksi antara perkara paling asas yang perlu diambil kira. Apatah lagi apabila ia melibatkan penunggang wanita(1).

Ye, wanita. Siapa kata wanita tidak boleh menunggang motosikal berkuasa tinggi? Jangan terkejut jika dahulu tangan yang sama memegang sudu dan kuali di dapur tetapi sekarang juga boleh mengendali superbike.

Jantina bukan lagi isunya, cuma tanggungjawab seorang wanita, lebih-lebih lagi yang bergelar isteri dan ibu yang jauh lebih berat namun memilih hobi kental menjadikan mereka selangkah lebih hebat.

Tapi sebelum itu, ketahui dulu jenis-jenis motorsikal berkuasa tinggi yang ada.

Sport Bike / Super Bike

Gambar : Suzuki GSX-R1000 (Motorcycle Daily)

Motosikal jenis ini boleh dikatakan sebagai raja segala motosikal kerana bagi peminat kelajuan sudah pasti akan memilliki motosikal jenis ni.

Motosikal ini juga sesuai untuk seseorang yang gemar ‘layan corner’ atau seseorang yang sering ke litar. Jika dilihat pada gambar di atas, motosikal super bike ini mempunyai kuasa enjin yang sangat power(2).

Handling agak tajam dan sesuai untuk penunggang yang berpengalaman. Bagi budak yang baru belajar perlu berhati-hati untuk menunggang motosikal jenis ni. Kedudukan badan penunggang haruslah agak membongkok sedikit. Selalunya motosikal dilengkapi fairing penuh.

Sport Touring

Gambar : Tracer 900GT (Yamaha Motor EU)

Motosikal jenis ni sesuai untuk yang kurang gemar kelajuan tahap dewa yang ada pada motosikal jenis Super Sport tetapi masih mahukan kelajuan dan keseronokan menunggang.

Handling kurang tajam tetapi masih berbahaya jika kurang pengetahuan dan pengalaman. Kedudukan badan agak tegak sedikit (upright position) dan ianya sesuai untuk orang yang sukakan tunggangan agak santai atau untuk jarak perjalanan yang jauh. Terdapat dua jenis iaitu full fairing dan half fairing.

Naked Bike

Gambar : Ducati Diavel (Visordown)

Motosikal jenis ni lebih kurang macam adik kepada Super Sport. Dari segi kelajuan, naked bike mempunyai kelajuan yang kurang sedikit tetapi mempunyai handling yang masih tajam. Ianya memerlukan tumpuan penuh semasa menunggang. Kenapa namanya naked? Hak ini kerana motosikal jenis ni tiada fairing depan.

Jika dilihat dari gambar diatas, kedudukan badan akan sedikit tegak, sama seperti Sport Touring. Disebabkan tiada fairing/windsheild untuk menahan rintangan angin, posisi badan memainkan peranan untuk melawan angin dari arah hadapan(2).

Touring

Gambar :Honda Goldwing (The Bike Market)

Motosikal jenis ni besar dan sangat berat. Lihat saja gambar diatas, sudah pasti anda dapat membayangkan keberatannya. Handling untuk motosikal jenis ni agak lain sikit sebab saiznya yang agak besar dan berat.

Lebar motosikal juga berbeza kalau nak dibandingkan dengan jenis Super Sport, Sport Touring atau Naked. Motosikal jenis ni direka cipta untuk touring. Bermakna motosikal jenis ni selalunya mempunyai fairing depan dan tepi yang besar dan windsheild yang lebih tinggi(2).

Motosikal jenis ini mempunyai kapasiti tangki minyak yang besar dan dilengkapi dengan side box (panniers) dan top box, sesuai dengan fungsinya untuk perjalanan yang sangat jauh(2).

Kedudukan penunggang tegak dan santai dengan kusyen yang sangat empuk. Ada sesetengah motosikal jenis ni juga dilengkapi dengan reverse gear.

Adventure Touring

Gambar : KTM 1050 (Visordown)

Bagi mereka yang gemarkan tunggangan adventure dan merancang untuk mengembara dan berkonvoi, motosikal ini adalah yang sesuai menjadi pilihan anda.

Motosikal jenis ni mempunyai seat yang agak tinggi (high ground clearance), tangki minyak yang besar dan posisi penunggang juga lebih tegak. Motosikal boleh digunakan untuk jarak perjalanan yang sangat jauh merangkumi on road and off road(2).

Cruiser

Gambar : Road Star S (motorcyclesky.blogspot.com)

Juga dikenali sebagai motosikal chopper. Motosikal ini yang paling terkenal ialah Harley Davidson. Harganya agak mahal tapi berbaloi jika sesorang yang sering berkonvoi. Percaya atau tidak, motosikal jenis ni antara motosikal pilihan penunggang wanita di kebanyakan negara Eropah kerana kedudukan tempat duduk yang tidak terlalu tinggi dan sesuai untuk wanita(2).

Motosikal ini sesuai untuk orang yang mempunyai ketinggian 160cm ke bawah. Cara tunggangan juga agak santai dan rileks. Kedudukan badan tegak dengan kedua-dua kaki sedikit ke depan.

Skuter

Gambar : Yamaha X-Max300 (PanduLaju)

Direka cipta untuk kegunaan di kawasan bandar, motosikal jenis ni ada peminatnya yang tersendiri. Lebih praktikal untuk kegunaan ulang alik ke tempat kerja dalam bandar kerana transmisinya automatik dan pengendaliannya agak mudah(2).

Tambahan pulak ada ruang simpanan yang menjadi daya penarik untuk orang memilih motosikal jenis ni. Walaupun nampak comel tetapi ada juga skuter yang boleh memberi kelajuan yang tinggi dan digunakan untuk perjalanan jauh.

Terdapat pelbagai lagi jenis motorsikal yang tidak disenaraikan. Mungkin ada juga para pembaca yang terbiasa atau akan terjumpa dengan jenis motosikal Super Motard, Dirt Bike, Dual Sport, Trials Bike, Enduro Bike dan lain-lain.

Jangan Salah Membuat Pilihan

1. Jangan buat pilihan berdasarkan populariti – Kawasaki Z800, Honda Rabbit, Yamaha R1 atau Ducati adalah antara nama besar dan popular dalam arena jentera berkuasa tinggi. Sebutkan salah satu jentera tersebut pasti pandangan dan tanggapan mereka terhadap anda akan berubah ke arah sesuatu yang positif(3).

Jika anda sejenis yang mementingkan imej, anda pasti akan tersilap langkah memilih jenama-jenama popular itu. Tetapi kesilapan memilih berasaskan populariti turut mampu menjerumuskan diri ke dalam masalah kewangan dan pelbagai masalah lain jika anda tidak bersedia.

2.Buat kajian mengenai kos penyelenggaraan dan baik pulih

Kemudahan pinjaman untuk memiliki jentera berkuasa tinggi lebih mudah dengan tawaran pakej ‘tanpa deposit’ dan kadar faedah rendah. Namun, itu semua sama sekali tidak menjadikan anda layak memiliki motosikal jenis itu(3).

Walaupun gaji kasar melayakkan anda meminjam, tetapi ingat bahawa masih ada pembayaran cukai jalan, insurans, servis berkala dan semestinya petrol yang mana semua kos berkenaan hampir menyamai kos pemilikan sebuah kereta.Kerap berlaku situasi pemilik superbike hanya mengira pendapatan sekadar cukup bayar ansuran bulanan. Faktanya, mereka tidak mampu menampung kos servis untuk jangka masa panjang(3).

Sudahnya hal penjagaan jentera terabai. Tayar dibiarkan botak, minyak enjin tidak ditukar, rantai tidak diganti dan lain-lain yang bukan saja membuatkan kos jual semula menjadi rendah, tetapi turut mengundang risiko bahaya apabila ditunggang.

Gambar :Ultimate Motorcycling

3. Gelojoh dalam menaik taraf kuasa tanpa kemahiran

Tidak seperti di negara maju, jentera berkuasa tinggi (termasuk bersesaran 250cc) boleh dikategorikan sebagai jentera mewah.Memang benar boleh belajar menunggang superbike impian anda itu perlahan-lahan. Hakikatnya, jentera berkuasa tinggi bukan mudah ditawan. Walaupun teknologi terkini sedikit sebanyak membantu, tetapi tanpa asas kemahiran kukuh, kesilapan yang sedikit bakal mengganggu kwangan anda yang sedia ada(3).

Jika anda antara golongan yang terburu-buru itu, seeloknya cuba luangkan masa dan sedikit wang untuk menyertai kelas latihan pengendalian superbike.

4. Terlalu seronok sehingga mengabaikan keselamatan

Kesilapan seterusnya ini merbahaya, iaitu menunggang tanpa kelengkapan perlindungan mencukupi.Sedia maklum, kelengkapan asas seperti helmet fullface, jaket dan sarung tangan adalah antara aksesori yang diberi percuma atau sebagai pakej awal pembelian.

Namun, alasan yang kerap diberikan, tidak mahu disindir rakan.Faktanya, menunggang jentera berkuasa tinggi sememangnya merisikokan diri anda kepada bahaya kemalangan berbanding penunggang motorsikal lain. Jadi, jangan sesekali berkompromi dalam hal keselamatan. Jika kemalangan, anda juga yang bakal tanggung sengsara(3).

Rujukan

  1. FreeMalaysiaToday

  2. Sembang Motor

  3. PanduLaju