Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dakwaan SARA RM100 Kepada Semua Rakyat Malaysia Berusia 18 Tahun Ke Atas Adalah Palsu - MOF

Dakwaan SARA RM100
Kredit: Kementerian Kewangan via Facebook

Dakwaan SARA RM100 Kepada Semua Rakyat Malaysia Berusia 18 Tahun Ke Atas Adalah Palsu - MOF

Kementerian Kewangan (MOF) menafikan dakwaan bahawa semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 secara one-off sempena sambutan Hari Kebangsaan seperti yang tular menerusi satu poster di media sosial.

MOF dalam satu kenyataan memaklumkan poster berkenaan adalah palsu dan tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat berkaitan pemberian SARA seperti yang didakwa.

Kementerian itu menegaskan orang ramai supaya tidak mempercayai atau menyebarkan maklumat berkenaan bagi mengelakkan penularan berita palsu yang boleh mengelirukan masyarakat.

"Kementerian Kewangan ingin menegaskan bahawa tiada pengumuman rasmi mengenai pemberian SARA seperti yang didakwa dalam poster berkenaan," menurut kenyataan itu.

MOF turut menasihatkan orang ramai agar mendapatkan maklumat yang sahih menerusi saluran rasmi kementerian sebelum berkongsi sebarang maklumat, khususnya berkaitan bantuan kerajaan.

Kredit: Kementerian Kewangan via Facebook

Intipati
  • MOF menafikan dakwaan tular mengenai pemberian SARA RM100 secara one-off sempena Hari Kebangsaan.
  • Kementerian itu memaklumkan poster berkenaan adalah palsu dan tiada pengumuman rasmi dibuat.
  • Orang ramai dinasihatkan merujuk saluran rasmi MOF sebelum berkongsi maklumat bantuan kerajaan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan