Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dalam Dilema, Lelaki Ini Luah Rasa Tidak Gembira Bekerja Walaupun Gaji lebih RM5000

Gambar Hiasan Via Google

Bagi yang sudah mempunyai pekerjaan yang tetap, sentiasalah bersyukur walaupun mungkin terkadang penat dengan pelbagai masalah yang timbul di tempat kerja.

Dalam keadaan ekonomi yang terjejas akibat COVID-19 pada ketika ini, ramai yang bergelut untuk mencari pekerjaan dan meneruskan hidup.

Pun begitu, mungkin ada juga sesetengah orang yang sudah tidak tahan dengan suasana kerja atau tidak gembira semasa bekerja.

Sama seperti kisah yang dikongsikan oleh RicebowlMY ini mengenai seorang lelaki yang tidak lagi gembira dengan pekerjaannya walaupun mempunyai gaji yang amat lumayan iaitu RM5,500 sebulan.

Lelaki berusia 27 tahun itu meluahkan dilema yang dialaminya dan berkata bahawa dia bimbang mengenai masa depan kerjayanya.

Bekerja sebagai pembantu IT dalam bahagian perkhidmatan pelanggan, dia menamatkan pengajian diploma dalam bidang Kejuruteraan Perisian pada usia 23 tahun.

Setelah empat tahun bekerja menjawab panggilan telefon, dia merasakan bahawa dia tidak mempunyai perkembangan yang bagus dalam kerjayanya.

“Saya tak rasa akan mempunyai masa hadapan yang baik,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian itu.

Sumber: RicebowlMY