Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia

Dalam Tempoh 24 Jam, Singapura Catat 322 Lagi Kes Baharu

Sha Rossa

Singapura: Singapura, yang berada di Fasa Kedua pembukaan semula aktiviti sosial dan ekonominya sejak 19 Jun, mengesahkan 322 lagi kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas.

Dengan perkembangan terbaharu ini, jumlah kumulatif jangkitan di republik itu mencecah 46,283 kes.

Menurut data ringkas setakat 12 tengah hari yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini, majoriti kes terdiri daripada pemegang pas kerja yang tinggal di asrama.

Berdasarkan siasatan kementerian setakat ini, terdapat 11 kes dalam komuniti terdiri daripada dua warga tempatan dan sembilan pemegang pas kerja.

MOH juga berkata terdapat lima kes import yang diletakkan di bawah Notis Duduk Dirumah (SHN) sebaik sahaja tiba di Singapura.

”Angka kes yang lebih tinggi hari ini adalah kerana kurang ujian dilaksanakan oleh makmal ujian COVID-19 semasa cuti umum dan hujung minggu pada 10 dan 11 Julai, dengan tunggakan sampel sedang diproses sejak 12 Julai,” kata MOH.

Dalam data lengkap yang dikeluarkan lewat semalam, Singapura mengklasifikasikan 611 daripada kes sebagai kes import, 2,052 kes komuniti dan 43,298 kes penghuni asrama.

Setakat 12 tengah hari semalam, 42,285 atau kira-kira 92 peratus daripada pesakit sudah pulih sepenuhnya dan didiscaj daripada hospital atau kemudahan penjagaan komuniti.

Terdapat 182 kes disahkan masih lagi berada di hospital semalam, dengan seorang ditempatkan di unit rawatan rapi.

Menurut kenyatan itu lagi 3,468 pesakit bergejala atau yang disahkan sihat secara klinikal tetapi didapati positif dalam saringan COVID-19 sudah diasingkan dan dijaga di kemudahan penjagaan komuniti.

Setakat ini, 26 orang mati akibat komplikasi COVID-19 di republik itu , dengan dua kematian pertama dilaporkan pada 21 Mac.

Tiada kluster baharu dikenal pasti semalam.

Oleh: Massita Ahmad via BERNAMA