Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz optimis akan melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin jika berjaya menyandang kerusi di Parlimen Kuala Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Tengku Zafrul dalam satu kenyataan di Facebook pada malam ini berkata, beliau bersedia menggalas tugas sebagai Ahli Parlimen dengan sepenuh hati demi rakyat.
“Saya bersyukur kerana mendapat peluang ini dan komited untuk dengar keluhan rakyat, hayati segala keresahan dan kekangan.
“Dan jika Kuala Selangor memilih saya, InsyaAllah saya akan sedaya upaya selesaikan permasalahan penduduk.
“Agar kualiti hidup dan sosio ekonomi Kuala Selangor ditingkatkan lagi demi kemakmuran dan kesejahteraan penduduk,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau sebentar tadi.
Difahamkan, beliau telah dicalonkan oleh Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di Parlimen Kuala Selangor selepas senarai calon diumumkan pada malam ini.
“Manusia merancang tetapi Allah SWT sebaik-baik perancang. Terima kasih kepada kepimpinan Barisan Nasional atas kepercayaan yang diberikan.
“Saya terima amanah yang diberikan ini dengan rasa syukur dan rendah hati,” tambahnya lagi.
Sedikit informasi, Tengku Zafrul merupakan seorang ahli Dewan Negara, pelabur dan tokoh korporat Malaysia yang dilantik ke dalam kabinet (kerajaan terdahulu) Muhyiddin sebagai Menteri Kewangan pada 9 Mac 2020.
Sumber: Tengku Zafrul via Facebook