Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

‘Dapur Goodday’ Kembali Dengan Misi Inspektor Sani, Dari Skrin Terus Ke Pinggan

Program realiti drama masakan pertama seumpamanya di Malaysia, Dapur Goodday, kembali untuk musim kedua dengan konsep lebih segar dan interaktif sepanjang Ramadan ini.

Bersiaran setiap hari jam 5.30 petang di Astro Ria serta boleh distrim menerusi Astro GO, musim baharu ini tampil dengan pendekatan unik ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’ — di mana hidangan yang dipaparkan di TV akan dijual kepada orang ramai di Bazar Ramadan Presint 3, Putrajaya pada keesokan harinya.

Zizan Razak Jadi Inspektor Sani

Lebih menarik, musim kali ini menampilkan watak ikonik Inspektor Sani daripada francais Polis Evo yang dibawakan oleh Zizan Razak.

Dalam Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani, beliau menjalankan operasi penyamaran sebagai peniaga makanan di Kampung Hari Baik untuk menjejaki dalang dadah, Capik. Dengan bantuan pegawai Gen Z, Ain, Sani menggunakan resipi viral ciptaannya, Ayam Golek Tertumpah Susu, sebagai ‘senjata’ untuk mendekati komuniti kampung.

Di sebalik elemen komedi dan drama, setiap resipi yang dihasilkan menggunakan susu Goodday sebagai ramuan utama.

Dari TV Ke Bazar Ramadan

Konsep ‘Dari Skrin Ke Pinggan’ direalisasikan sepenuhnya apabila gerai Dapur Goodday dibuka di Bazar Ramadan Presint 3, Putrajaya. Menu berubah setiap hari mengikut hidangan yang disiarkan dalam episod sebelumnya.

Sebagai tawaran istimewa Ramadan, menu signature Ayam Golek Tertumpah Susu turut ditawarkan pada harga promosi serendah RM0.99 untuk seekor ayam pada dua hari terawal Ramadan.

Selain Zizan, program 30 minit ini turut menampilkan barisan pelakon dan watak popular dari pelbagai program Astro, menjadikan setiap episod lebih meriah dan menghiburkan.

Malah, Festival Ramadan Putrajaya 2026 turut diserikan dengan kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, yang melawat gerai Dapur Goodday dan mengagihkan 300 kotak susu tajaan Goodday kepada pengunjung.

Dengan gabungan drama, komedi, resipi dan pengalaman bazar sebenar, Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani dijangka menjadi antara tontonan wajib sepanjang Ramadan tahun ini.