Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dari 137kg Turun Ke 76kg, Lelaki Tampil Lebih Bergaya & Kongsi Amal Diet Ini Untuk Lebih Sihat

Gambar Via Amin Othman
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Sememangnya perlu diakui bahawa bukan mudah untuk menurunkan berat badan, persediaan dari segi mental dan fizikal perlu seiring.

Bukan itu sahaja, bersedialah untuk ‘melepaskan’ gaya pemakanan yang tidak sihat, ia merupakan ‘pengorbanan’ utama yang perlu dilakukan.

Sama dengan Amin Othman yang berjaya menurunkan berat badannya dengan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat.

Menerusi perkongsiannya di Twitter, Amin mengatakan bahawa beratnya dahulu mencecah sehingga 137kg dan selepas dua tahun, beratnya kini 76kg.

Menurutnya, dia akan makan oat bersama dengan madu dan tiga biji betik (yang panjang) pada setiap pagi.

Tambahnya lagi, dia akan memastikan hujung minggunya dipenuhi dengan aktiviti kecergasan dan dia akan berlari secara puratanya tiga kali seminggu dan pergi ke gym untuk mengangkat berat.

Bergantung pada keadaan, Amin juga berkata bahawa dia hanya akan memakan makanan berat sekali sehari.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata dari warganet turut terinspirasi dari ‘perjalanan’ Amin selama dua tahun dalam menurunkan berat badan.

Sumber: Amin Othman