Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dari Sahur Sampai Raya, Lagi Cheesy, Lagi Meriah Dengan The Laughing Cow & Kiri

Menjelang Ramadan dan Syawal, detik-detik menikmati makanan harian mula terasa lebih istimewa. Daripada hidangan ringkas ketika sahur, kudapan ringan selepas berbuka, sesi moreh bersama keluarga, hinggalah pencuci mulut buatan sendiri untuk tetamu rumah terbuka.

Rutin kecil inilah yang menceriakan suasana sepanjang musim perayaan. Jenama kegemaran rakyat Malaysia seperti The Laughing Cow dan Kiri terus menjadi pilihan dalam momen-momen ini, menambah keselesaan dalam rutin harian serta sentuhan istimewa pada hidangan perayaan.

Sepanjang Ramadan, makanan yang cepat, mudah dan mengenyangkan sering menjadi pilihan di meja makan. The Laughing Cow kekal sebagai sajian yang dipercayai ramai, disapu pada roti bakar panas untuk sahur, dimasukkan ke dalam wrap sebagai kudapan ringkas ketika berbuka, atau dinikmati bersama hidangan ringan ketika moreh.

Selepas seharian berpuasa, kudapan yang biasa dinikmati sering kali menjadi paling menenangkan. Teksturnya yang lembut dan berkrim memberikan kepuasan yang menjadikan momen kecil terasa lebih bermakna. Kerana kadangkala, Lagi Cheesy Memang Lagi Puas. Itulah sebabnya The Laughing Cow terus menjadi pilihan mudah dan menyelerakan buat keluarga di Malaysia sepanjang Ramadan.

Bagi memberi inspirasi kepada hidangan ringkas di rumah, berikut adalah satu resipi mudah menggunakan The Laughing Cow.

Apabila Aidilfitri semakin hampir, dapur rakyat Malaysia kembali meriah. Aktiviti membakar, mencampur dan merasa pelbagai bahan menjadi rutin bagi menyediakan hidangan istimewa. Meja pencuci mulut juga mula dipenuhi dengan pelbagai manisan untuk menyambut kedatangan keluarga dan sahabat handai.

Dengan tekstur yang lembut dan rasa yang kaya, Kiri Cream Cheese membantu memudahkan penyediaan pencuci mulut yang bukan sahaja lazat, malah membanggakan untuk dihidangkan kepada tetamu.

Sebagai krim keju No.1 dari Jepun, Kiri terkenal dengan kualiti premium serta rasa berkrim yang tersendiri. Daripada persiapan awal menjelang perayaan hingga ke hidangan terakhir di meja pencuci mulut, Kiri menambah sentuhan istimewa dalam pencuci mulut Raya buatan sendiri.

Bagi menghidupkan lagi suasana pencuci mulut yang memikat, berikut merupakan resipi mudah Raya menggunakan KiriCream Cheese.

Apabila keluarga dan sahabat berkumpul meraikan musim ini, selalunya hidangan yang paling ringkas dan buatan sendiri yang meninggalkan kenangan paling bermakna. Ramadan dan Raya kali ini, The Laughing Cow dan Kiri mengajak rakyat Malaysia mencipta serta berkongsi momen indah bersama insan tersayang, menjadikan setiap hidangan lebih hangat, setiap gigitan lebih memuaskan, dan semangat Lagi Cheesy Lagi Puas benar-benar terasa.

Kedua-dua jenama ini boleh didapati di pasar raya, pasar raya besar serta platform dalam talian di seluruh negara. Untuk mendapatkan idea resipi dan inspirasi perayaan, layari https://linktr.ee/kiri.professional dan ikuti saluran media sosial rasmi mereka bagi mendapatkan lebih banyak idea menarik untuk meraikan semangat berkongsi.