Proses menurunkan berat badan bukanlah perkara yang mudah, tapi tidak pula mustahil. Ramai yang telah berkongsi hasil semangat dan usaha yang konsisten bagi menurunkan berat badan mereka.
Salah seorangnya ialah saudari Eleeza Natasha yang berjaya mengurangkan hingga 37 kilogram dalam tempoh sekitar setahun sahaja.
Kongsinya, beliau hanya mengamalkan diet suku-suku separuh sepanjang tempoh itu sejak beratnya 99 kilogram. Kini, berat Eleeza turun kepada 62 kilogram dan memberi kesan ketara kepada kehidupannya.
“Alhamdulillah banyak perubahan dalam diri yang saya dapat rasa. Dulu kalau pergi pasaraya,cepat-cepat cari tempat duduk. Sebab sakit kaki dan semput. Alhamdulillah,sekarang dah tak semput bila berjalan.
“Nak sembahyang pun dah tak sakit macam dulu. Syukur sangat. Banyak lagi, nak kena buang berat ni. Moga kali sentiasa istiqomah,” ujarnya.
Perkongsian Eleeza dalam group DSSS baru-baru ini telah mendapat lebih 10 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik pada 10 Disember lalu.

Kongsinya, beliau menghindari minuman manis di samping bersenam dan berhenti makan pada 7 atau 8 malam.
Alhamdulillah, hari ni genap 1 tahun buat Diet Dsss. Kiranya,semalam hadiah untuk hari lahir tahun ni kepada diri sendiri sebab berjaya buat tanpa putus asa.
Banyak perubahan yang dapat diri sendiri ni rasa. Tapi ada sikit lagi ni nak kena kejar target lagi, ada lagi 10kg target nak turun. Berat permulaan : 99kg Berat semasa : 62kg Jumlah berat dikurangkan : 37kg
Tips yang saya selalu amalkan hanya memang buat DSSS je dan jugak senaman 3 hingga 4 kali seminggu. Air manis memang tak ambik langsung. Malam selalunya saya berhenti makan pukul 7 atau 8malam.
Sambil saya buat DSSS, sambil tu saya buat defisit kalori sekali. Saya jaga kuantiti kalori makanan saya.
p/s : Berat dah turun. Jodoh je belum jumpa.Gurau-gurau.
Sebelum ini, Eleeza mendedahkan beliau berjaya menukar saiz pakaian daripada 5XL kepada saiz M dalam tempoh sebelas bulan. Ujarnya, beliau bersyukur kerana sudah tidak perlu malu untuk membeli baju kerana risau tiada saiz.
“Alhamdulillah,tak ada dah malu nak beli baju takut tak muat atau tak ada saiz,” katanya.

