Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ketika ini kita dapat lihat dunia membangun dengan sangat pesat. Bidang perniagaan kini semakin mendapat tempat dan merupakan pilihan yang terbaik bagi kebanyakan rakyat Malaysia.
Dapat kita lihat pada hari ini, banyak perniagaan-perniagaan yang semakin maju tidak mengira kaum, bangsa mahupun agama. Banyak jenis perniagaan yang dihasilkan termasuk makanan dan pakaian.
Menyentuh tentang perniagaan, mungkin masih ramai lagi dalam kalangan peniaga yang keliru berkaitan dengan duit keuntungan yang diperoleh dari hasil perniagaan yang telah berjaya terjual.
Justeru itu, suka Siakap Keli untuk kongsikan perkongsian dari seorang pakar perunding kewangan, Saifullah Suratmin menerusia laman Facebook miliknya.
Menurutnya, untung sesuatu perniagaan bukan terletak pada penyata akaun bank tertentu, ada masa perniagaan boleh untung yang tinggi tapi tidak ada langsung duit dalam bank. Macam mana tu?
Mengupas dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian beliau yang telah kami sertakan di bawah. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua, lebih-lebih lagi mereka yang berada dalam bidang perniagaan. Semoga bermanfaat.
Ramai orang bisnes salah faham tentang duit dan untung. Apabila mereka melihat penyata untung rugi untuk sesuatu tempoh, mereka selalu mempersoalkan soalan seperti “jika untung mana duitnya?”
Jika kita buat perbandingan, untuk tempoh sebulan baki akhir dalam penyata akaun bank tidak sama dengan keuntungan yang dicatat atas penyata untung rugi. Ini kerana dua perkara ini adalah sangat berbeza sekali.
Kita boleh ada untung yang tinggi sekali dalam masa yang sama tidak ada langsung duit dalam bank. Sama juga, kita boleh catat kerugian tetapi dalam masa yang sama kita ada duit dalam bank.
Cara jualan disahkan
Jualan itu dikira apabila invoice dikeluarkan kepada pelanggan. Bukan sewaktu duit tunai diterima. Jadi, jika ada pelanggan yang berhutang secara langsung mengakibatkan jumlah duit itu tidak sama dengan jumlah jualan.
Kos jualan dikira selepas jualan
Apabila kita beli barang untuk dijual, ia dijadikan stok terlebih dahulu. Duit sudah keluar, tetapi kita tidak kira terus sebagai kos. Kos jualan hanya berlaku apabila ada jualan.
Duit boleh datang dari banyak sumber
Duit dalam bank itu atau duit dalam tangan kita boleh datang dari pelbagai sumber. Boleh jadi datang dari pinjaman, boleh jadi datang dari bayaran pelanggan yang sudah lama atau boleh jadi datang dari duit kita sendiri.
Jadi tuan puan, bila kita faham bahawa duit bukan untung kita akan melihat bisnes dari perspektif yang berbeza. Kita akan buat keputusan yang mengutamakan duit tunai. Ini sebabnya kenapa banyak bisnes sangkut sebab mereka utamakan keuntungan. Akibatnya bisnes catat untung berjuta-juta tetapi duit tunai tidak ada.
BACA: Sungai-Sungai Dunia Semakin Kering, Banyak Tinggalan Kerajaan Purba Muncul Dari Dasar
Sumber: Saifullah Suratmin (Facebook)