Seorang lelaki mendakwa dia adalah ‘pengembara’ dari masa depan yang datang dari tahun 5000, mengembara untuk memaklumkan bencana yang bakal berlaku pada dunia.
Lelaki tersebut yang bernama Edward dikatakan turut membawa bersamanya bukti-bukti bergambar pengakhiran dunia yang bakal berlaku.
Memetik laporan Times Now News, dia mendakwa beberapa bandar di dunia akan tenggelam disebabkan oleh perubahan iklim yang sangat dasyat.
Mengeksplorasi saluran Youtube ApexTV, dia dihantar 3000 tahun ke depan bermula pada tahun 2004 adalah bertujuan untuk melakukan misi rahsia.
Khabarnya, di tahun asalnya, dia melihat bandar Los Angeles telah berada di bawah air sepenuhnya.
Semenjak dia pulang, dia telah sedaya upaya dengan semua inferens fotografinya untuk mendapatkan kesimpulan yang munasabah atau mengerikan.
“Saya akan ceritakan satu kisah yang mengejutkan anda semua.
“Peristiwa yang berlaku pada tahun 2004 di Los Angeles,” katanya.
Menurut Times Now News, video yang dimuat naik pada tahun 2018 dahulu tular semula pada baru-baru ini yang mempertontonkan pengalaman Edward berada dalam ‘mesin’ yang membawanya ke masa hadapan.
“Saya berdiri di atas pelantar kayu yang besar dan semuanya terbuat dari kayu, rumah dan termasuklah bangunan. Selepas itu saya sedar ia adalah bandar Los Angeles tapi di bawah air,” katanya.
Dalam video tersebut, kelihatan wajahnya yang agak kabur dan suaranya turut diubah untuk menjaga identitinya dari terbongkar. Pada minit terakhir video tersebut, dia tunjukkan foto yang diambil dari pandangan hadapan.
Merujuk kenyataan dari Times Now News, ini bukanlah kali pertama seorang ‘pengembara masa’ tampil menonjolkan diri bersama dakwaan mereka.
Terdahulu, seoarang pengguna Tiktok ‘futuretimetraveler’ mendakwa terdapat spesies luar angkasa yang akan mencetuskan peperangan terhadap manusia.
Walau di mana pun sudut dakwaan itu, ia tetap dianggap palsu oleh kebanyakan organisasi yang betul-betul pakar. Mereka beranggapan perkara sebegitu hanyalah terdapat dalam buku atau filem sahaja.
Sumber: Times Now News
