Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dato Seri Ismail Sabri Lulus Viva PhD, Bakal Bergelar Doktor

Azizah Najib
ismail sabri viva phd
Kredit: UUM

Bakal Bergelar Doktor, Dato Seri Ismail Sabri Lulus Viva PhD

Mantan Perdana Menteri Malaysia Kesembilan, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob berjaya melepasi sesi viva voce bagi Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sains Politik di Universiti Utara Malaysia (UUM), dengan pindaan kecil, semalam.

Perkara tersebut dikongsikan oleh pihak pentadbiran UUM menerusi laman Facebook rasmi universiti berkenaan.

Sebagai Perdana Menteri yang mengetuai negara ketika dilanda pandemik, beliau membentangkan tesis bertajuk Pengurusan Krisis dan Polisi Keselamatan Kesihatan Tahun 2020–2022: Strategi Malaysia Menghadapi Pandemik COVID-19.

“Sesi viva voce PhD yang berlangsung di Bilik Viva, Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG), UUM dipengerusikan oleh Prof Madya Dr Kamarul Azman Khamis.

“Pemeriksa luar ialah Prof Dato Dr Sivamuragan Pandian, manakala pemeriksa dalaman ialah Prof Madya Dr Nazariah Osman,” maklum institusi berkenaan.

Sementara itu, pihak UUM turut memaklumkan bahawa sepanjang penyelidikannya selama lebih dua tahun, beliau diselia oleh Jawatankuasa Tesis yang terdiri daripada Dekan GSGSG, Prof Dr Rusdi Omar sebagai penyelia pertama.

Prof Madya Dr Che Mohd Aziz Yaacob dan Prof Madya Ts Dr Jessica Ong Hai Liaw pula bertindak sebagai penyelia kedua dan ketiga penyelidikan berkenaan.

“Bagaimanapun, kelulusan penuh masih tertakluk kepada keputusan Senat Universiti,” jelas UUM lanjut.

Turut menyambut kehadiran Ismail Sabri pagi tadi ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed. Beliau kini menjalankan fungsi Naib Canselor UUM.

BACA: Dr Akmal & Isteri Batal Hasrat Tunai Haji, Salur Simpanan RM120K Untuk Rawatan Adik Medina

BACA: Tular Penemuan Rumpai Invasif, DOA Seru Orang Ramai Buat Laporan

Sumber: Universiti Utara Malaysia (UUM)