Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Datuk Nicol David Menangi Undian Atlet Terunggul Sepanjang Zaman The World Games

Gambar: Majlis Sukan Negara/The World Games

Bekas ratu skuasy negara Datuk Nicol David telah disahkan memenangi gelaran Atlet Terunggul Sepanjang Zaman The World Games.

Perkara tersebut telah disahkan menerusi satu ciapan yang dimuat naik oleh akaun Twitter rasmi Bernama.

Menerusi akaun Twitter rasmi The World Games, Datuk Nicol David telah dinobatkan dengan gelaran Atlet Terunggul Sepanjang Zaman itu selepas mengatasi 24 atlet yang lain dengan meraih sebanyak 318,943 undian daripada 1,204,637 undian secara keseluruhannya.

Dalam pada itu juga, Majlis Sukan Negara turut berkongsikan berita gembira tersebut menerusi laman Facebook rasmi mereka.

Sumber: BERNAMA