Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Datuk Seri Najib Tiba Di Kompleks Mahkamah KL, Hadir Bicara Kes Pinda Laporan Audit 1MDB

Faiz Mustafa
Gambar via Bernama

Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sebentar tadi dengan menaiki kenderaan utiliti suka (SUV) pada jam 8.29 pagi dari Penjara Kajang.

Menurut laporan ringkas Bernama, beliau turut diiringi oleh beberapa kenderaan polis dan Jabatan Penjara untuk hadir perbicaraan kes meminda laporan audit 1MDB.

Selain itu, anak beliau juga, Nooryana Najwa tiba di Kompleks tersebut pada 8.42 pagi bersama anaknya untuk mengikuti perbicaraan kes tersebut.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: Bernama