Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

DBKL Ambil Tindakan Terhadap Penjaja Air Balang Di Dataran Merdeka

DBKL Ambil Tindakan
Kredit: FB DBKL

DBKL Ambil Tindakan Terhadap Penjaja Air Balang Di Dataran Merdeka

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengenakan tindakan penyitaan terhadap aktiviti penjajaan air balang di sekitar Dataran Merdeka pada 14 Februari lalu.

DBKL menerusi satu kenyataan di Facebook memberi peringatan kepada orang ramai bahawa Dataran Merdeka merupakan kawasan larangan menjaja.

Menurutnya, larangan itu bagi menjaga imej, kebersihan serta nilai warisan kawasan tersebut yang menjadi kebanggaan warga kota.

Kredit: FB DBKL

"Terdapat aktiviti penjajaan air balang di sekitar Dataran Merdeka pada 14 Februari 2026 dan tindakan sitaan telah dilaksanakan oleh petugas DBKL selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

"Adalah diingatkan bahawa Dataran Merdeka merupakan kawasan larangan menjaja bagi menjaga imej, kebersihan serta nilai warisan kawasan ini yang menjadi kebanggaan warga kota dan pelancong," katanya.

DBKL turut mengingatkan para pengunjung agar tidak membeli daripada penjaja haram serta bersama-sama memainkan peranan menjaga kebersihan dan menghargai keindahan persekitaran.

"Kerjasama semua pihak amat dihargai demi memastikan Dataran Merdeka dan kawasan sekitar berada dalam keadaan bersih , selamat dan sejahtera untuk dikunjungi," katanya lagi.