Utama

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

DBKL Perkenal Portal OSC, Orang Awam Kini Boleh Akses Maklumat Perancangan Bandar
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memperkenalkan Portal One Stop Centre (OSC) kepada orang awam bagi memperkukuhkan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam proses perancangan bandar Kuala Lumpur.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata melalui akses awam ke Portal OSC, orang ramai kini boleh mendapatkan maklumat berkaitan permohonan pembangunan di kawasan masing-masing serta mengesahkan sama ada projek tersebut telah menerima kelulusan sewajarnya daripada pihak berkaitan.
Satu ruang akses awam khas telah diwujudkan dalam portal tersebut yang bertujuan untuk melindungi hak pemilik tanah dan juga pemohon.
"Hanya maklumat perancangan yang tidak bersifat sulit dan relevan akan dipaparkan untuk tontonan umum," katanya.
Ujarnya lagi, maklumat persendirian dan sulit seperti pelan bangunan terperinci serta dokumen yang membentuk hak milik proprietari pemilik tanah akan terus dilindungi.
Dengan membuka akses kepada maklumat ini, DBKL menyasarkan untuk meningkatkan keyakinan awam terhadap proses perancangan dan pembangunan di samping memastikan semua aktiviti pembangunan dilaksanakan secara teratur, mematuhi peraturan serta bertanggungjawab.
"Pendekatan keterbukaan dalam perancangan bandar ini telah lama menjadi amalam piawai negara-negara maju di mana akses kepada maklumat asas perancangan diiktiraf sebagai hak awam dan bukannya maklumat yang perlu dirahsiakan," tambahnya lagi.
Reformasi ini juga telah lama diperjuangkan oleh Ahli Parlimen, gabungan pertumbuhan masyarakat sivil dan persatuan penduduk di Kuala Lumpur dan semalam ia direalisasikan.
"Saya merakamkan penghargaan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri TPr. Fadlun Mak Ujud atas usaha memudah cara reformasi ini dengan pantas.
"Perancangan bandar di Kuala Lumpur tidak boleh sama sekali menjadi ruang eksklusif segelintir pihak, diputuskan secara tertutup dan dilindungi daripada penelitian awam.
"Bandar ini milik rakyatnya dan setiap pemegang taruh mempunyai peranan dalam membentuk masa depan Kuala Lumpur," tegas Hannah lagi.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Portal OSC di https://osc3plus.dbkl.gov.my/