Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menaik taraf kemudahan tempat letak kereta (LTK) di Dataran Merdeka dengan pelbagai kemudahan baharu termasuk penyediaan 240 petak parkir yang beroperasi 24 jam.
Menurut DBKL, inisiatif itu dilaksanakan bagi meningkatkan keselesaan, keselamatan dan pengalaman pengguna, khususnya warga kota serta pelancong yang mengunjungi kawasan bersejarah berkenaan.
Katanya, antara penambahbaikan yang dilaksanakan ialah pemasangan sistem LTK moden, sistem pencegahan banjir, tandas awam yang lebih bersih dan selesa serta penyediaan lot komersial.

Selain itu, DBKL turut menaik taraf sistem pencahayaan, mengecat semula ruang parkir serta menambah baik laluan dan susun atur parkir bagi memastikan ia lebih teratur serta mesra pengguna.
Menurutnya, usaha berkenaan merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan pihak berkuasa tempatan itu dalam memperkasakan kemudahan awam di ibu negara.
"Usaha ini dilaksanakan demi memastikan keselesaan, keselamatan dan pengalaman terbaik kepada warga kota serta pengunjung yang menggunakan kemudahan di kawasan bersejarah ini," katanya dalam satu kenyataan.
DBKL berkata, kemudahan baharu itu dijangka memberi manfaat kepada orang ramai terutama ketika penganjuran acara berskala besar dan musim cuti, selain memudahkan pengguna mendapatkan parkir pada bila-bila masa.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan