Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Delegasi Trump Buang Hadiah Diberi China Sebelum Pulang Ke AS

Iqbal Yasir
Trump Buang Hadiah
Kredit: AFP & X

Delegasi Trump Buang Hadiah Diberi China Sebelum Pulang Ke AS

BEIJING -- Delegasi Amerika Syarikat (AS) yang mengiringi Presiden Donald Trump dilaporkan telah membuang semua hadiah yang diberikan oleh China sebelum menaiki pesawat rasmi presiden, Air Force One, lapor CNN Indonesia.

Salah seorang wartawan AS daripada The New York Times, Emily Goodin, mendedahkan bahawa kakitangan Rumah Putih telah mengarahkan agar tiada sebarang barangan dari China dibenarkan dibawa masuk ke dalam Air Force One.

Rombongan Trump Buang Hadiah Diberi China

"Kakitangan Amerika mengambil semua barangan yang diberikan oleh pegawai China, termasuk kad pengenalan, telefon bimbit pakai buang milik kakitangan Rumah Putih, serta lencana delegasi dan mengumpulkannya sebelum kami menaiki AF1 (Air Force One) lalu membuangnya ke dalam tong sampah di bawah tangga pesawat," tulis Goodin melalui akaun X miliknya.

"Tiada barangan dari China yang dibenarkan masuk ke dalam pesawat. Kami akan berlepas pulang ke Amerika dengan segera," tambahnya lagi.

Sementara itu, wartawan Rumah Putih yang lain turut mengesahkan laporan tersebut, seperti yang dipetik daripada NDTV, bahawa barangan yang dikumpul dan dibuang itu merangkumi kad pengamal media, telefon bimbit yang diberikan kepada kakitangan Rumah Putih, serta lencana delegasi.

Walau bagaimanapun, tindakan sedemikian merupakan perkara biasa bagi delegasi AS apabila berkunjung ke beberapa buah negara, terutamanya negara yang bukan rakan strategik Washington.

Prosedur tersebut merupakan protokol keselamatan standard yang wajib dilaksanakan oleh pihak Rumah Putih.

Rombongan Trump dijadualkan kembali ke AS pada Jumaat selepas tamat kunjungan rasmi ke Beijing, China, yang bermula sejak Rabu minggu lalu.

Dalam kunjungan tersebut, Trump telah disambut mesra dan diraikan secara istimewa oleh Presiden China, Xi Jinping.