Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Demi Cinta, Wanita Bangladesh Sanggup Ceroboh Sempadan India Secara Haram Nak Kahwini Kekasih

wanita ceroboh sempadan india
Gambar: Daily Star

Seorang wanita Bangladesh sanggup meredah hutan dan sungai yang dipenuhi harimau serta buaya selama sejam untuk bertemu dengan pasangan hidupnya di India, lapor Daily Star.

Wanita tersebut yang berusia 22 tahun berkenalan dengan kekasihnya, iaitu seorang lelaki India melalui platform media sosial, Facebook sebelum kedua-duanya saling jatuh cinta.

Dia yang tidak mempunyai pasport itu merancang untuk memasuki India secara haram walau apa cara sekali pun demi untuk berkahwin dengan kekasihnya, lapor India Today.

Menurut laporan polis, wanita itu dikatakan mula ‘mengembara’ melalui hutan paya Sundarbans yang dipercayai mempunyai banyak kejadian serangan harimau yang pernah direkodkan.

Gambar: Daily Star

Kemudian, dia berenang di Sungai Matla selama sejam, di mana sungai itu dipercayai dipenuhi buaya air masin yang sentiasa menunggu mangsa dan sekali-sekala menyerang hendap manusia.

Pengembaraan merentas sempadan Bangladesh – India secara haram yang penuh debaran itu akhirnya selesai selepas dia berjaya menemui lelaki pilihan hatinya itu.

Justeru pada 28 Mei lalu, dia berkahwin dengan lelaki itu di Kuil Kalighat di Kolkota, yang dulunya dikenali sebagai Calcutta. Sungguh menakjubkan apabila dia terselamat sepanjang perjalanan yang ditempuhinya.

Bagaimanapun, kisah perjalanannya tersebar secara meluas sehingga diketahui polis tempatan di India. Hal itu menyebabkan dia ditahan pada Isnin, 30 Mei atas jenayah merentas negara secara haram.

Gambar: Daily Star

Sumber: Daily Star