Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Deportivo Alaves Gantung Sementara Facundo Garces

Hannah
Alaves Gantung Facundo Garces
Sumber: Astro Arena

Deportivo Alaves Gantung Sementara Facundo Garces

Kelab La Liga, Deportivo Alaves, mengumumkan penggantungan sementara pemain pertahanan, Facundo Garces.

Difahamkan, tindakan itu diambil selepas beliau dikenakan sekatan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung isu pemalsuan dokumen ketika menyarung jersi skuad kebangsaan.

Alaves dalam kenyataan rasminya memaklumkan, Garces, 25, tidak akan disenaraikan dalam skuad utama sehingga prosiding tatatertib yang sedang berjalan selesai sepenuhnya.

“Hasil daripada sekatan yang dikenakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA ke atas Facundo Garces, pemain itu digantung sementara dan tidak akan menjadi sebahagian daripada skuad sehingga prosiding yang sedang berjalan diselesaikan.

“Kelab menyatakan rasa hormat akan keputusan yang dibuat oleh badan berkaitan dan percaya keadaan akan diselesaikan secepat mungkin,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, Garces digugurkan pada hari perlawanan ketika menentang Mallorca, sekali gus menjejaskan perancangan taktikal pengurus pasukan, Eduardo Coudet.

“Dia sebahagian daripada perancangan terutama untuk mematahkan bola tinggi. Saya tidak mahu kata isu Garces menjadi faktor penentu perlawanan.

“Kes Garces muncul secara mengejut, harap ia dapat diselesaikan dengan baik. Dia tonggak penting tetapi yang lebih utama masalah ini dapat diselesaikan,” ujarnya.

BACA: FAM Kini Menunggu Keputusan Penghakiman FIFA Sebelum Kemuka Rayuan

BACA: Kenyataan MFL Berhubung Keputusan FIFA Ke Atas Pemain Warisan

BACA: Penjelasan Erik Thohir Dakwaan Indonesia Terlibat Isu Hukuman FIFA Terhadap Malaysia

Sumber: Astro Arena